Bila dah mula melabur saham, mesti kita nak tahu sejauh mana prestasi pelaburan kita. Untung ke rugi, mana yang patut dikekalkan, dan mana yang mungkin dah sampai masa untuk jual. Supaya semua ni tak berselerak, iSaham sediakan satu alat khas yang boleh bantu anda susun dan semak senarai pegangan atau watchlist dengan lebih teratur iaitu fungsi Portfolio.
Dalam blog ini, anda akan belajar cara menggunakan Portfolio di iSaham dari A sampai Z — termasuk cara tambah saham, dan manfaatkan ciri-ciri analisis yang tersedia.
Fungsi Portfolio
Portfolio iSaham ialah satu alat untuk membantu anda:
1. Letakkan watchlist atau pegangan saham secara tersusun.
2. Melihat prestasi semasa saham sama ada watchlist ataupun yang dipegang.
3. Membahagikan saham watchlist mengikut sektor, industri atau strategi.
Tutorial Menggunakan Portfolio di iSaham
Langkah 1: Log Masuk ke iSaham
Layari laman web iSaham di www.isaham.my. Setelah berjaya log masuk, klik menu "Portfolio" dan pilih "Manage Portfolio".
Langkah 2: Untuk tambah portfolio baharu, pergi ke bahagian "Create Portfolio".
Isikan nama, unique id dan butiran portfolio. Kemudian tekan "Save".
Anda bebas untuk menamakan portfolio mengikut sektor, strategi atau matlamat pelaburan anda.
Langkah 3: Pergi ke bahagian View Portfolio
Kemudian cari saham yang anda ingin letakkan. Tekan Add.
Kaunter-kaunter yang anda letakkan akan muncul di dalam senarai portfolio seperti contoh di bawah:
Isikan "Entry Price & Remarks" bagi kaunter dipegang. Ini bagi melihat prestasi pegangan anda dan mungkin strategi yang digunakan.
Langkah 4: Set Column
Untuk customize bahagian column yang dipaparkan pergi ke bahagian "Set Column".
Pilih kriteria yang sesuai dengan cita rasa anda. Apa maklumat yang anda ingin lihat dalam portfolio tersebut. Klik Set.
Langkah 5: Set Portfolio di paparan utama.
Pada bahagian "List Portfolio" akan memaparkan semua portfolio anda.
Pada bahagian, "Default Portfolio", pilih portfolio yang anda inginkan untuk paparan utama iSaham.
Senarai kaunter yang anda letakkan di bawah portfolio pilihan akan dipaparkan seperti contoh di bawah:
Perbincangan
Jadi, begitulah cara-cara untuk menggunakan portfolio di iSaham. Portfolio iSaham adalah alat penting untuk membantu anda mengurus dan menilai prestasi pelaburan dengan lebih sistematik. Anda juga boleh letakkan watchlist kaunter-kaunter pilihan anda.