TUTORIAL

15-JAN-2020

Cara Menggunakan Ciri Terbaru M+ Wiz Lite


 


Berita baik buat pengguna M+ Online. Kini ada ciri baru yang ditambah ke dalam platform trading yang membolehkan anda mengimbas signal-signal yang berlaku dalam pasaran saham. Ciri ini dinamakan sebagai M+ Wiz Lite.

Apa anda boleh buat dengan M+ Wiz Lite?

Dengan M+ Wiz Lite, anda boleh pantau saham-saham berpotensi dalam Bursa Malaysia berdasarkan indicator teknikal sama ada Breakout, Broken Support, MACD, RSI dan Moving Average. Secara ringkasnya, anda boleh dapatkan fungsi screener tambahan dalam platform dagangan saham anda dengan M+ Online.

Bagaimana caranya?

Apa yang anda perlu buat cuma right-click pada apa-apa saham dan klik pada pilihan M+ Wiz Lite. Satu window baru akan keluar secara pop-up yang akan paparkan carta harga saham berserta fungsi-fungsi lain. Fungsi baru yang diperkenalkan dalam M+ Wiz Lite ni ialah Alerts atau “pantau” seperti yang disebut dalam bahasa Melayu. Panel Alerts ini akan senaraikan signal-signal pergerakan saham yang aktif berdasarkan waktu terkini.

Tetapan asal untuk Alerts akan memaparkan kesemua signal saham yang aktif dalam Bursa Malaysia. Namun, anda boleh ubah suai tetapan ini dengan memaparkan senarai saham pilihan anda atau signal pilihan anda. Caranya kami akan tunjukkan di bawah:

Paparkan saham terpilih

Buat sesetengah orang, mereka cuma nak monitor saham yang mereka kenal. Dengan senaraikan saham-saham yang mereka yakini, mereka cuma perlukan satu perkara sahaja yang masa yang betul untuk membeli. Jadi boleh pasang tetapan ni.

1. Tekan butang senarai pantau

butang senarai pantau

Tekan butan seperti ditandakan dalam gambar di atas. Kemudian, pop-up untuk senarai pantau akan keluar seperti gambar di bawah.

2. Tambahkan saham dalam senarai

tambah saham dalam senarai pantau

Dalam pop-up ini, anda boleh cari saham dalam ruang carian. Tulis sahaja simbol saham dalan ruang carian, hasil carian akan keluar di bawahnya. Tekan kotak semak pada saham yang ingin ditambah ke dalam senarai pantau. Selepas tekan butang Insert, saham akan ditambah ke dalam senarai pantau. Sekiranya anda nak tukar nama senarai ini, boleh tuliskan nama yang sesuai di ruangan input dan tekan Rename.

3. Tukar senarai pantau

tukar senarai pantau

Sekarang ni anda sudah pun simpan senarai pantau yang baru. Tapi untuk aktifkan pantauan, anda perlu pilih senarai tadi untuk dipaparkan. Tekan saja pada ruang pilihan, dan pilih senarai yang anda nak pantau.

Paparkan signal terpilih

Kadang-kadang saham apa pun tak kisah sangat asalkan nampak entry macam bagus, dan ada potensi. Sekiranya anda jenis yang tunggu masa saja untuk terkam saham yang ada signal, boleh ikut tetapan ini.

1. Tekan butang tetapan signal

butang menu screener

Untuk keluarkan menu pilihan signal, tekan butang seperti gambar di atas. Menu pop-up akan keluar untuk pilihan signal.

2. Pilih signal pantauan

pilih screener

Pilih mana-mana signal dengan tekan ruangan kotak di sebelah nama signal. Senarai pantauan akan terus dikemas kini dengan perubahan yang anda kenakan.


< kembali ke laman blog utama