UMUM

04-SEP-2020

Cara Dapatkan Penyata Bank Maybank


 


Malayan Banking Berhad atau Maybank merupakan bank terbesar Malaysia dengan saiz syarikat bernilai RM 79.5 bilion. Maybank merupakan pemilik kepada jenama Etiqa yang menjalankan perkhidmatan takaful dan insurans.

Menurut Brand Finance, Maybank merupakan bank keempat teratas di negara Asean. Antara negara lain yang ditapak oleh Maybank ialah Singapura, Filipina, Indonesia, India dan beberapa lagi negara Asia.

Untuk mendapatkan penyata bank Maybank, anda boleh ikut cara-cara berikut:

1. Login ke Maybank2u

Pertama sekali, anda perlu login ke Maybank2U.

maybank frontpage

2. Pergi ke butiran akaun

maybank dashboard

Anda akan dibawa ke dashboard akaun bank dengan senarai akaun di bawah anda. Tekan akaun mana yang berkenaan. Kebiasaannya, akaun yang anda ingin tekan adalah akaun harian anda atau Savings.

maybank account details maybank account details view statement

3. Lihat penyata

Anda akan dibawa ke butiran akaun anda yang dipilih tadi. Dari sini, anda cuma perlu skrol ke bawah untuk jumpa butang View Statements. Tekan butang ini anda akan dipaparkan dengan penyata terkini untuk 3 bulan terkini.

maybank view statement

Untuk pengetahuan anda, Maybank hanya keluarkan penyata bank untuk 3 bulan terkini pada setiap penghujung suku tahunan, iaitu penghujung bulan Mac, Jun, September dan Disember. Jika anda ingin lihat penyata yang lalu, tekan pada pilihan jangka masa penyata, dan pilih penyata yang ingin dilihat. Tekan ikon di hujung kiri di bahagian atas sekiranya anda ingin muat turun penyata.


< kembali ke laman blog utama