UMUM

20-FEB-2020

Cara Dapatkan Penyata Bank Islam


 


Bank Islam adalah satu-satunya bank tersenarai di Bursa Malaysia dengan status patuh syariah. Syarikat ini juga memiliki Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad. Tapi tajuk hari ini bukan pasal saham, tapi cara untuk dapatkan penyata bank melalui Bank Islam.

Panduan ini boleh membantu anda sebab penyata Bank Islam bukan boleh didapati dengan sekejap sahaja. Kalau tak ada penyata ini, anda mungkin akan menghadapi kesulitan sekiranya nak buat urusan kewangan dan sebagainya.

Maka, ini adalah cara untuk memudahkan urusan penyata ini supaya mudah di kemudian hari. Caranya adalah untuk mohon langganan penyata elektronik melalui laman pengguna Bank Islam dan anda boleh ikut panduan ini.

1. Log masuk ke dalam akaun Bank Islam

Seperti biasa, nak buat apa-apa urusan bank, perlulah log in dulu ke https://www.bankislam.biz/. Selepas log in, anda akan dibawa secara automatik ke dashboard laman pengguna.

penyata bank islam

2. Mohon langganan Penyata Elektronik

Dari dashboard, pergi ke tab My Accounts > E-Statement > Maintenance. Apabila anda tekan ke link Maintenance, anda akan dibawa ke laman proses permohonan penyata elektronik.

penyata bank islam

Ikut sahaja langkah-langkah yang digariskan. Pertama, anda akan diminta untuk tetapkan pilihan akaun dan email. Kemudian, tekan Proceed.

penyata bank islam penyata bank islam

Kedua, anda akan diminta untuk masukkan kod akses. Kod ini akan dihantar ke nombor telefon anda.

penyata bank islam

3. Pengesahan Maklumat

Selepas masukkan kod akses, anda boleh semak dan sahkan permohonan.

penyata bank islam

Permohonan ini boleh mengambil masa hingga sebulan, maka ada baiknya anda mulakan permohonan dari sekarang. Selepas sebulan, anda akan dapat penyata elektronik secara bulanan pula. Ia akan memudahkan hidup anda di masa akan datang.

Sekiranya anda tak menggunakan kaedah ini, permohonan penyata boleh jadi mengambil masa sehingga sebulan. Dalam masa ini, kerajaan pun boleh bertukar.

Mengakses Penyata

Seperti yang disebut tadi, permohonan boleh mengambil masa sehingga sebulan. Apabila permohonan sudah diluluskan, anda boleh ikut panduan ini untuk lihat penyata anda secara online.

1. Log Masuk

penyata bank islam

2. Dari dashboard, pergi ke My Accounts > E-Statement > Download

penyata bank islam

3. Pilih akaun yang ingin dilihat

penyata bank islam

4. Pilih penyata untuk bulan yang ingin dilihat

penyata bank islam

Setakat itu sahaja cara-cara untuk melanggan penyata elektronik dan melihat penyata ini. Semoga panduan ini dapat membantu urusan anda.


< kembali ke laman blog utama