UMUM

20-APR-2021

Cara Buka Akaun Luno dan Jual Beli Matawang Kripto


 


Semakin hangat dibincangkan kebelakangan ini adalah nilai matawang kripto yang terus menaik. Kalau kita bandingkan harga Bitcoin dari 6 bulan lalu, kita boleh nampak lebih 300% kenaikan pada hari ini. Perkembangan ini telah menarik minat pelabur dan ramai tertanya-tanya bagaimana untuk membeli matawang ini. Antara cara untuk menjual beli matawang atau juga disebut sebagai aset digital ini di Malaysia adalah dengan menggunakan Luno.

Luno

luno website frontpage

Luno ialah sebuah platform yang membolehkan aset digital didagang dalam sebuah pasaran (exchange) dan disimpan secara atas talian (eWallet). Aset digital yang disebut ini merujuk kepada matawang kripto seperti Bitcoin, Etherium, Litecoin dan Ripple. Luno beroperasi di pelbagai negara, termasuk Malaysia dan diberikan lesen oleh SC sebagai sebuah Digital Asset Exchange (DAX). Oleh itu, ia merupakan pengendali pasaran aset digital yang sah di Malaysia.

Aset digital ini mempunyai nilai di mata pelabur yang memahami potensi teknologi di sebalik matawang kripto. Dari segi teknikal dan fundamental, ia juga boleh dikaji untuk menentukan waktu yang sesuai untuk dibeli atau dijual.

Buka akaun, dapat RM 25 percuma

Jika anda berminat untuk berdagang matawang digital ini, anda boleh buka akaun Luno. Mereka juga membuat promosi di mana anda boleh dapat RM 25 percuma apabila anda beli matawang digital bernilai RM 250. Ikuti cara-cara yang akan diterangkan di bawah.

1. Guna link referral

Pertama sekali anda perlu tekan link referral yang dikongsi kepada anda. Kalau tak ada referral, boleh guna kod dari sini. Kalau menggunakan kod pula, anda perlu isikan di ruangan Promo Code sebelum membuat belian pertama. Kita akan bincang lebih terperinci dalam panduan lanjut.

2. Daftar akaun

luno buka akaun

Untuk pendaftaran, anda perlu mengisi pelbagai maklumat asas. Antaranya email, atau boleh gunakan Sign Up melalui Gmail atau Facebook sebagai alternatif. Maklumat lain yang diperlukan ialah nama, nombor telefon, kad pengenalan berserta gambar. Oleh itu, pendaftaran melalui telefon adalah lebih sesuai. Sebagai langkah keselamatan piawai, profail anda juga akan disahkan berdasarkan maklumat dan kad pengenalan.

3. Masukkan kod referral

luno reward promo code

Sekiranya anda tidak membuka akaun menggunakan link referral, anda perlu masukkan Promo Code sebelum membuat apa-apa belian untuk dapatkan RM 25 percuma. Caranya ialah pergi ke tab Rewards. Dari sini, anda boleh lihat tab Invite a Friend dan Enter a Code di bahagian atas skrin. Pilih Enter a Code dan masukkan kod referral di sini, dan tekan Apply Code.

Cara jual dan beli

Pergerakan harga matawang digital ini boleh dikaji dari aspek fundamental dan juga teknikal. Anda boleh kaji carta untuk cari titik masuk dan keluar. Berita juga boleh membantu anda untuk mengetahui sentimen semasa terhadap matawang digital ini secara umum.

luno wallet deposit Sentimen semasa di Twitter juga dipaparkan di Luno

Seterusnya, kita akan lihat cara jual dan beli dari aplikasi Luno.

1. Deposit

Pertama, anda perlu deposit wang ke dalam wallet Luno. Dari tab Wallets, tekan pada bahagian Local Currency (MYR XX), kemudian pilih Deposit. Pilih sama ada anda ingin masukkan dengan cara FPX atau Bank Transfer. Masukkan jumlah yang anda ingin masukkan ke dalam Wallet dan tekan Next. Seterusnya, masukkan maklumat login bank untuk membenarkan transaksi ini.

Untuk dapatkan RM 25 percuma yang disebut tadi, anda perlu membuat belian matawang kripto bernilai RM 250. Apa yang boleh disarankan di sini adalah untuk melebihkan deposit kerana anda akan bayar caj broker apabila membuat belian nanti. Sekiranya anda masukkan tepat RM 250, dikhuatiri ada sedikit baki tak digunakan.

luno wallet deposit

Bagi kaedah FPX, caj admin sebanyak RM 0.70 akan dikenakan bagi setiap transaksi. Untuk Bank Transfer (Interbank GIRO), tiada caj dikenakan.

2. Tambah Wallet

Kembali ke Wallets, pada bahagian Cryptocurrency, tekan Add a wallet dan pilih matawang kripto pilihan yang anda ingin beli. Tekan Create Wallet.

luno add wallet

3. Exchange

Pergi ke Home dan tekan menu atas (simbol tiga titik) dan tekan Exchange. Dari sini, anda boleh lihat maklumat yang lebih terperinci seperti senarai pesanan beratur, senarai transaksi, pesanan anda dan sebagainya.

luno add wallet

4. Beli

Pastikan dahulu anda melihat pada carta matawang yang ingin dibeli. Jika betul, barulah tekan butang Buy. Dari menu jual beli, anda boleh lihat pilihan Limit, Market dan Stop-limit. Untuk Limit, anda akan beratur berdasarkan harga pilihan, manakala untuk Market, anda akan terus beli pada harga terkini. Kos transaksi adalah berbeza antara dua ini, dengan kos yang lebih tinggi untuk pesanan Market.

luno menu pesanan

Masukkan harga belian, tentukan sebanyak mana anda ingin beli, mengikut nilai ringgit atau BTC. Tekan Max untuk membelanjakan modal dari Wallet sepenuhnya. Apabila berpuas hati, tekan Buy untuk teruskan belian.

Transaksi minimum

Anda memerlukan anggaran RM 130 untuk setiap pembelian matawang BTC (berdasarkan RM 250,000/BTC dan kos belian). Namun, transaksi minimun ini berbeza mengikut matawang kripto. Anda boleh lihat jadual ini untuk maklumat lanjut.

luno menu pesanan


Itu sahaja perkongsian tutorial Luno untuk kali ini. Luno juga boleh digunakan untuk menghantar dan menerima wang. Dan apabila sampai satu masa, anda juga mungkin ingin membuat pengeluaran atau withdrawal. Tutorial ini akan dibincangkan dalam post yang lain. Untuk mendapatkan tutorial dan maklumat berkaitan dunia kripto dan NFT, boleh ke laman web CrepeToast dan SolanaKit.

 


< kembali ke laman blog utama