UMUM

24-JUN-2020

Cara Belajar Saham Percuma


 


Saham adalah satu saluran pelaburan yang dapat memberikan pulangan yang tinggi. Namun, ianya difahami kalau ramai yang masih takut untuk melabur dalam pasaran saham. Risiko dalam saluran pelaburan ini juga adalah tinggi dan tak semua sanggup menghadapi situasi seperti ini.

classroom book

Sebenarnya, nak mulakan apa-apa perniagaan tanpa pengetahuan yang cukup pun memang berisiko tinggi. Maka, apa yang anda perlu buat untuk rendahkan risiko ini adalah dengan belajar. Kali ni, kami akan senaraikan beberapa sumber untuk belajar saham yang anda boleh dapatkan secara percuma.

Group Telegram iSaham

Dengan membuka akaun CDS dengan kami, anda boleh dapatkan akses kepada group Telegram iSaham. Dalam group Telegram ini, anda boleh belajar pelbagai ilmu untuk bermula dalam pelaburan saham. Anda boleh bersoal jawab dengan team dan komuniti iSaham yang juga melabur dalam pasaran saham.

Pelbagai topik boleh ditanyakan, contohnya tentang keadaan pasaran, pengalaman melabur, platform dagangan dan sebagainya. Pembelajaran secara soal jawab dan situasi sebenar dapat memberikan anda input yang membantu untuk pelaburan nanti.

Kami juga ada channel Telegram. Channel ini bukan untuk interaksi dua hala, tapi kami berikan info-info yang berguna kepada pelabur. Info ini kami sesuaikan dengan keadaan pasaran semasa.

Webinar iSaham Gear One

Jika anda bertanya “di mana nak mula?”, “kelas apa nak join?” dan sebagainya, maka inilah jawapannya. Kelas yang dinamakan Webinar iSaham Gear One ini kami telah lancarkan dengan kerjasama Bursa Malaysia-i. Tumpuan kelas ini adalah untuk memberikan pelabur-pelabur baru sebuah pemahaman asas dalam pelaburan saham. Kelas ini diadakan secara online, dan diadakan setiap hari Jumaat malam (selagi kuota tajaan masih ada).

Webinar iSaham Gear One 2022

Terdapat 3 episod dalam siri ini, iaitu:

  1. iSaham Gear One Asas
  2. iSaham Gear One Technical
  3. iSaham Gear One Fundamental

Sesi pembelajaran interaktif ini bukanlah sekadar kelas motivasi, dan bukan juga membincangkan teori saham semata-mata, tetapi anda juga akan diberi pendedahan kepada penggunaan tool analytics saham oleh iSaham. Kami telah susun pembelajaran kelas ini supaya dapat memberikan input yang tinggi dan membolehkan anda bermula untuk melabur. Bursa Malaysia-i telah pun membayar kelas ini untuk anda. Maka jangan lepaskan peluang ini sementara masih ada.

Pastikan anda telah memuat turun aplikasi Zoom di komputer/ laptop/ tablet/ telefon pintar anda untuk menyertai webinar ini.

Blog iSaham

Di iSaham, kami tuliskan pelbagai tajuk bahan bacaan yang relevan untuk pelabur supaya ianya dapat membantu pelaburan anda. Ada tajuk yang agak teknikal, namun ianya kes sebenar yang anda mungkin akan lalui sepanjang pelaburan, contohnya share consolidation, saham -OR dan sebagainya.

isaham blog banner

Pelbagai tajuk juga telah ditulis yang menerangkan tentang disiplin analisis teknikal dan fundamental untuk menambahkan ilmu pelabur-pelabur seperti anda. Kesemua bahan bacaan ini adalah berkualiti tinggi, dan ini juga adalah salah satu cara untuk anda belajar saham dengan percuma.

Group iSaham Live

sesi dan topik iSaham live

Satu lagi cara belajar saham percuma yang lebih interaktif adalah sesi live iSaham yang diadakan dalam seminggu atau dua minggu sekali. Dalam sesi ini, anda boleh bertanya soalan dalam group FB berkaitan saham, keadaan pasaran semasa, dan melabur secara umum. Topik-topik ini akan dibincangkan oleh speaker kami selama 1 jam. Dalam sesi ini juga anda boleh kenal lebih dalam tentang iSaham dan servis yang kami tawarkan.

DDNK Classroom


< kembali ke laman blog utama