UMUM

06-JAN-2020

Cadangan Azam Baru Pelaburan untuk Tahun 2020


 


Setiap kali masuk tahun baru, mesti ramai yang pasang azam tahun baru. Setiap tahun juga, kita pasti inginkan tahun yang lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Kalau pakai kereta lama, mungkin ada yang nak target beli kereta baru, lagi-lagi dah masuk tahun baru 2020 ni. Ramai orang ingatkan kereta dah boleh terbang. Tapi rupanya yang terbang cumalah harapan. Apapun, ini adalah cadangan yang anda boleh cuba mulakan untuk tahun 2020 ini.

1. Tetapkan matlamat pelaburan

ASB Tabung Haji KWSP

Sekarang ni dah makin ramai rakyat Malaysia yang sedar tentang pentingnya pelaburan demi masa depan yang lebih baik. Di Malaysia, orang kata makan gaji sahaja tak cukup, jadi pelaburan menjadi suatu yang wajib. Kalau selama ni kita melabur dengan mengharapkan untung, apa kata kali ni kita tetapkan matlamat pulangan pelaburan? Sebagai permulaan, antara tanda aras yang anda boleh cuba tandingi adalah pelaburan pasif seperti Tabung Haji, ASB, KWSP dan sebagainya.

2. Semak semula strategi jual beli saham

Kalau sebelum ini kita cuma beli ikut buy call dan cut loss mengikut perasaan, apa kata kita cuba suatu yang lebih sistematik tahun ni? Dalam pelaburan saham, ada pelbagai strategi yang anda boleh ikut. Antara yang anda boleh kaji adalah support dan resistance, Higher High, Higher Low, Overbought, Bollinger Band, pulangan dividen dan sebagainya. Dengan mengikuti mana-mana konsep ini, anda akan melabur dengan lebih rasional.

3. Semak semula portfolio saham

iSaham sector trend

Saham ini ada banyak jenis. Lain saham, lainlah pula ragamnya. Kalau saham yang kita beli adalah saham yang volatile, mungkin anda ingin cuba pula saham yang lebih stabil mengikut keadaan ekonomi semasa. Kalau banyak beli penny stock, boleh jadi senang untung, boleh jadi juga senang rugi. Maka terdapat pelbagai jenis saham di luar sana yang anda boleh kaji untuk dapatkan tahap risiko yang sesuai untuk jiwa anda. Kalau anda jenis suka ikut trend, mungkin anda ingin beli saham mengikut sector trend dalam iSaham.

4. Sertai kelas saham

kelas iSaham Kelas iSaham

Semakin banyak ilmu yang anda tahu, semakin cerah peluang anda untuk dapatkan pulangan yang lebih baik. Maka kalau anda jenis yang suka terjun saja dalam pelaburan saham tanpa ilmu yang cukup, mungkin anda ingin duduk sekejap dengan sertai kelas saham. Dengan menyertai kelas saham, anda boleh nilai semula ilmu di luar sana dengan tindakan pelaburan anda sebelum ini. Dari kelas ini anda bolehlah buang yang keruh, ambil yang jernih.

5. Kaji syarikat bagus

annual report

Prestasi saham berkait rapat dengan kualiti syarikat dari aspek pengurusan, peluang perniagaan, kewangan dan sebagainya. Sekiranya anda dapati suatu syarikat itu bagus, maka belilah saham mereka. Tak mustahil anda boleh jana keuntungan dengan pulangan yang tinggi.

6. Beli IPO

IPO adalah salah satu cara anda boleh menjana pulangan yang tinggi dalam masa yang pendek. Sekiranya anda belum pernah beli saham dengan IPO, apa kata anda cuba dengan menggunakan IPO Analysis iSaham. Dengar cerita, fund manager pun guna analisis kami ini.

7. Beli saham melalui MITI

Kaedah ini sama sahaja dengan poin di atas tadi. Secara ringkasnya, MITI adalah pihak yang membolehkan peruntukan saham dimiliki oleh bumiputera yang memohon. Maka sekiranya anda adalah Bumiputera, peluang anda untuk dapatkan saham IPO adalah lebih bagus. Maka apa kata anda gunakan peluang ini pada tahun ini.

8. Simpan trading journal

Notebook

Ramai juga yang jual beli saham tapi sayangnya, tak catat rekod pelaburan. Sepanjang kita melabur, boleh jadi untung tinggi sekali, tapi rugi kecil banyak kali. Asyik sangat melabur, langsung tak perasan untung ke rugi. Jadi, cara yang bagus untuk kenal pasti sama ada kita catatkan keuntungan adalah dengan maintain buku rekod atau trading journal. Cara paling mudah adalah dengan menggunakan Excel atau Google Sheets. Lebih automatik untuk pengiraan berbanding buku tulis. Rekod ini juga boleh membantu bila kita nak kira zakat nanti.

9. Sertai AGM

AGM Dialog

Kadang-kadang kita beli saham tapi tak kenal siapa yang mengendalikan syarikat. Dengan menyertai AGM, anda mempunyai peluang untuk kenal pihak pengurusan dengan lebih dekat. Anda juga boleh dapatkan info baru tentang saham syarikat pegangan anda. Dari sini, anda boleh lihat gaya pengurusan yang mereka bawa dan dapatkan lebih keyakinan dengan syarikat. Selain itu, ada juga syarikat yang menawarkan hadiah ataupun door gift sekiranya anda menyertai AGM mereka. Iya lah, pihak pengurusan hadir AGM dapat elaun. Kita sebagai pemegang saham nak juga merasa walaupun sikit, betul tak?


< kembali ke laman blog utama