BERITA

1-APR-2022

Bursa Excellence Awards 2021: Trofi Kemenangan Milik Semua


 


Kuala Lumpur, 1 April 2022 - Bursa Malaysia Excellence Awards 2021 telah diadakan semalam oleh Bursa Malaysia Berhad bagi meraikan prestasi cemerlang broker dan pengantara untuk tahun 2021.

Dengan bertemakan 'Driving Possibilities, Elevating Excellence', majlis ini telah diadakan di Grand Hyatt, Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh Tan Sri Wahid Omar, Chairman Bursa Malaysia Berhad.

Partner kami, remisier daripada Malacca Securities, En Anas Ahmad Faris sekali lagi telah berjaya merangkul anugerah dalam kategori Best Remisier bagi tahun 2021. Untuk makluman, beliau telah mendapat anugerah berprestij ini selama 2 tahun berturut-turut.

Trofi Best Remisier 2021
Trofi kategori Best Remisier

En Anas Ahmad Faris, melalui akaun twitter peribadinya menyatakan bahawa "Kemenangan ini adalah milik semua, termasuk komuniti saham yang inginkan masa depan terbaik. Setiap hari bersama-sama kerahkan tenaga untuk merealisasikan visi yang sama."

Pada Februari lalu, beliau telah merangkul 3 anugerah di Retail Investors Campaign, 2021 Award Ceremony. Trofi yang diperoleh oleh beliau semalam merupakan trofi ke-4 yang diterima untuk tahun ini dan anugerah ke-12 yang telah berjaya dimenanginya sejak memulakan kerjayanya sebagai remisier.

Tahniah diucapkan kepada En Anas Ahmad Faris, warga dan juga pengguna iSaham, para Marketing Representatives, serta kesemua client-client Mplus atas kejayaan yang diperoleh ini. Kemenangan semalam merupakan satu anugerah dan penghargaan yang amat bermakna buat semua.

Sempena dengan kejayaan ini, iSaham ingin meraikan dengan membuat giveaway khas kepada seorang follower bertuah kami di twitter. Boleh klik pada link ini dan ikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk melayakkan diri.

Seperti yang dimaklumkan oleh En Anas Ahmad Faris melalui akaun twitter peribadinya, akan ada special event iSaham Update Q2 pada pertengahan April ini. Jadi, sama-sama kita nantikan update tersebut. Pemenang giveaway juga akan diumumkan pada hari yang sama.

Sekiranya anda ingin membuka akaun CDS bersama En Anas Ahmad Faris dan juga memperolehi akses kepada features dan screener iSaham yang dihasilkan bersama beliau, anda boleh mendaftar di sini.


< kembali ke laman blog utama