FUNDAMENTAL

5-NOV-2018

Belanjawan 2019 - Ulasan


 


Belanjawan 2018 TV1

Sumber Gambar: TV1

Belanjawan 2019 merupakan belanjawan kali pertama oleh kerajaan baru selepas mengambil kerajaan Barisan Nasional. Banyak ulasan dan pandangan dikeluarkan dari pelbagai sudut, termasuklah kepada syarikat-syarikat yang diniagakan oleh para pelabur dan pedagang di Bursa Malaysia.

Saham apakah yang mendapatkan manfaat daripada Belanjawan 2019 ini?

Petronas Dagangan, Petronas Chemical


Dalam belanjawan 2019, kerajaan telah membentangkan salah satu punca pendapatan negara ialah daripada Dividen Petronas. Untuk belanjawan 2019, RM30 bilion dividen khas akan dikeluarkan oleh Petronas. Dividen yang dikeluarkan oleh syarikat induk petronas ini (Petroliam Nasional Berhad) juga adalah hasil dividen daripada syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia iaitu Petronas Chemicals (PCHEM), Petronas Dagangan (PETDAG) dan lain-lain. Dividen yang dikeluarkan oleh anak syarikat ini akan turut dapat dirasai oleh semua pemegang saham syarikat-syarikat tersebut. Kedua-dua syarikat ini juga mempunyai fundamental kewangan yang baik, jelas dengan berada di tangga-tangga tertinggi score iSaham.

KPJ Healthcare


Belanjawan 2018 Top Stocks

Kita melihat sebanyak 29 bilion disediakan untuk sektor kesihatan (healthcare) dalam Belanjawan 2019, kenaikan sebanyak lebih kurang 8% berbanding Bajet 2018. Kerajaan juga melancarkan program pilot untuk B40 Health Protection Fund yang memberikan perlindungan percuma ke atas 4 sakit kritikal, justeru bakal memanfaatkan hospital swasta seperti KPJ. Dalam masa yang sama, 20 juta disediakan kepada Malaysia Healthcare Tourism Council (MHTC) untuk mempromosi Malaysia sebagai pilihan mendapatkan servis rawatan. KPJ berpotensi besar mendapat manfaat daripada polisi ini kerana 5-10% daripada jumlah pelanggan KPJ ialah dalam kalangan warga asing.

Aeon, QL


QL

Dengan insentif pelancongan yang ada, ditambah dengan pelbagai insentif dan subsidi kepada kumpulan B40 seperti Bantuan Sara Hidup (BSH), subsidi minyak dan macam-macam lagi, kita bakal melihat syarikat berkaitan jualan runcit dan barangan pengguna mendapat manfaat. Syarikat seperti AEON dan QL akan dijangka mendapat lebih banyak kunjungan (makin penuh FamilyMart milik QL lepas ni). Di samping itu, online digital tax juga berkemungkinan besar menarik lebih ramai membeli di kedai tempatan.

Takaful, BIMB (pemilik terbesar syarikat Takaful Malaysia)


Bermanfaat daripada polisi mengasingkan pelepasan tax untuk EPF dan Takaful, juga pelepasan duti setem untuk semua produk dibawah Perlindungan Tenang yang bakal mengurangkan jurang pengambilan perlindungan takaful.

Hartalega, Kossan Rubber, Top Glove, Supermax


Glove

Kesemua saham getah yang kuat (HARTA, KOSSAN, TOPGLOV, SUPERMX) dipilih oleh sekurang-kurangnya dua penganalisa belanjawan 2018. Sektor ini dijangka terus kukuh walaupun gaji minimum dinaikkan ke RM1,100 disebabkan automasi yang berkembang dalam industri ini. Syarikat-syarikat yang beroperasi dengan automasi khususnya sektor pembuatan elektronik dan teknologi juga dijangka tidak terjejas seperti INARI dan VS.

Apa pula kata penganalisa-penganalisa institusi pelaburan tempatan? Kami simpulkan saham-saham yang menjadi pilihan terbanyak institusi pelaburan dalam visual dan link di bawah.

Belanjawan 2018 Top Stocks

Saham-Saham Pilihan Institusi Pelaburan untuk Belanjawan 2018


< kembali ke laman blog utama