UMUM

20-DEC-2021

Bantuan Kecemasan: Ribuan Terjejas Akibat Banjir Buruk di 8 Buah Negeri


 


Setakat 20 haribulan Disember 2021, seramai lebih 41,000 orang mangsa telah kehilangan tempat tinggal hasil dari banjir besar yang melibatkan 8 buah negeri di Semenanjung Malaysia. Bencana ini dilaporkan terjadi akibat hujan lebat yang turun tanpa henti semenjak hari Jumaat yang lalu.

8 buah negeri tersebut adalah Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Kuala Lumpur, seperti yang dilaporkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Suasana banjir di Kampung Kebun Bunga, Seksyen 22, Shah Alam
Suasana banjir di Kampung Kebun Bunga, Seksyen 22, Shah Alam. (Gambar: Kosmo)

Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata, fenomena ini berlaku disebabkan faktor aliran monsun dan sistem cuaca tekanan rendah dan mencapai tahap lekukan tropika yang terbentuk di Laut China Selatan, seperti yang dikesan oleh Jabatan Meteorologi pada 12 Disember lalu.

“Taburan hujan setahun di Kuala Lumpur ialah 2,400 mm dan ini bermakna taburan hujan semalam (Jumaat, 17/12/2021) telah melebihi purata taburan hujan untuk sebulan, ini adalah sesuatu di luar jangkakan dan hanya berlaku sekali dalam 100 tahun,” ujar beliau lagi, seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

Sehubungan dengan itu, iSaham bersama-sama GlobalSadaqah sedang berusaha untuk mengumpul dana untuk memberikan bantuan bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir. Setiap sumbangan yang diterima akan digunakan untuk menyediakan keperluan asas kepada semua yang terkesan akibat bencana alam yang melanda negara kita ini.

Jika anda hendak menghulurkan bantuan, boleh klik pada pautan ini:

https://globalsadaqah.com/isaham-myfloods

 

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَابِ الدُّنْياَ نَفْسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَابِ يَوْمِ اْلقِيَامَةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِى الدُّنْيَا وَالْاَخِرَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللهُ فِى الدُّنْيَا وَالْاَخِرَةِ وَاللهُ فِى عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ اْلعَبْدُ فِى عَوْنِ اَخِيهِ. رَوَاهُ مُسْلِمٌ عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ

Artinya: "Barang siapa melapangkan seorang mukmin dari satu kesusahan dunia, Allah akan melapangkannya dari salah satu kesusahan di hari kiamat. Barang siapa meringankan penderitaan seseorang, Allah akan meringankan penderitaannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutupi (aib) seorang muslim, Allah akan menutupi (aib)nya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba selama hamba itu mau menolong saudaranya." (HR. Muslim).

Kredit gambar: NSTP/Sharul Hafiz Zam, Kosmo


< kembali ke laman blog utama