FUNDAMENTAL

4-JUL-2018

Bagaimana Mengkaji Fundamental Syarikat dengan Sekilas Pandang


 


Mula2 belajar saham bukan main susah untuk cari syarikat yang mempunyai prestasi kewangan yang baik. Baca buku A dia kata kena tengok Debt-Equity ratio, baca buku B dia kata kena tengok Return on Equity (ROE), dan macam-macam lagi. Kata penulis, kita kena buka annual report, dan kira sendiri nilai ni. Fuh, nampak macam power kan bila sebut kena kira sendiri! Tapi, bila nak buat tu terus blank. Banyak makan masa dan data fundamental pula berubah setiap tiga bulan.

Sebenarnya, mudah saja anda nak mendapatkan nilai2 ni, anda hanya pergi ke website iSaham saja [rujuk page setiap saham]. Semuanya telah dikirakan untuk anda.

Sama juga bila nak pilih formula, banyak sangat ni, mana satu nak pakai ni? Senang je, kan lebih baik kalau lagi banyak ratio yang lebih baik. Kalau nak tengok nombor saja memang tak faham dan maybe akhirnya tak tengok pun. Jadi, anda boleh rujuk iSaham sekali lagi, buka saja mana2 saham yang anda nak kaji. Kemudian pada bahagian ratio, kalau banyak hijau dan "thumb up", maknanya syarikat tersebut mempunyai permulaan fundamental yang memuaskan. Kalau merah, elakkan sekiranya anda memang tidak arif berkaitan bisnes tersebut atau memang tiada masa nak kaji syarikat tersebut sebab kebanyakannya memang tak bagus

Bagaimana pula kalau ada banyak hijau, tapi ada beberapa merah? Di sini la skill fundamental anda memainkan peranan yang penting. Anda perlu tengok pada ratio bewarna merah dan kemudian cari sebab kenapa ratio tersebut agak tidak baik. Contohnya, kenapa syarikat mempunyai hutang yang agak tinggi berbanding dengan yang lain. Mungkin syarikat perlukan duit untuk mengembangkan bisnes ataupun syarikat mempunyai purchase order / pembelian yang besar yang bakal memberi keuntungan berganda pasa masa akan datang. Dalam kes ini, ini ialah hutang baik atau hutang yang diperlukan oleh syarikat. Jadi, merah pun tiada masalah.

Mungkin juga merah, sebab syarikat sedang berhadapan dengan masalah pembatalan projek, atau salah bajet perbelanjaan, maka ini ialah suatu syarikat yang patut dielakkan. Apa-apa pun, paling penting, kajian anda kini menjadi lebih mudah sebab sekilas pandang saja, anda boleh tahu fundamental sesuatu syarikat dan boleh terus membuat kajian dengan lebih mudah.


< kembali ke laman blog utama