UMUM

06-NOV-2020

Awas Scammer Menggunakan Nama iSaham


 


Di iSaham, kami cuba berikan yang terbaik untuk pengguna kami. Antara perkara yang kami tawarkan adalah berbentuk pembukaan akaun CDS dan kelas-kelas saham. iSaham tidak akan terima apa-apa duit dari saluran selain daripada laman rasmi iSaham. Untuk pembukaan CDS pula, bayaran berlaku antara client dan M+ Online secara langsung.

Baru-baru ini, telah sampai berita bahawa kepada kami bahawa ada pihak yang cuba menggunakan nama iSaham untuk menipu orang awam. Dalam kata lain, membuat satu scam penipuan kewangan.

Penafian produk pelaburan

Kami tak pernah menawarkan pakej "Stock Trading" yang mencadangkan anda membayar sejumlah wang pelaburan untuk menerima pulangan dalam masa 24 jam. Ini adalah satu contoh cubaan scam dari pihak yang tidak dikenali yang menggunakan nama iSaham, malah juga nama Bursa Malaysia untuk membuat penipuan kewangan.

Contoh scam menggunakan nama iSaham:

Kes 1

scam yang guna nama iSaham scam yang guna nama iSaham scam yang guna nama iSaham scam yang guna nama iSaham

Kes 2

scam yang guna nama iSaham scam yang guna nama iSaham scam yang guna nama iSaham

Tips elakkan diri dari scam

Diharap anda di luar sana berhati-hati dengan mana-mana skim yang mencurigakan. Ada beberapa tips yang anda boleh ingat sekiranya mendapati diri anda dalam situasi ini.

Pertama sekali, sekiranya anda dihubungi oleh pihak luar, fikir semula dari mana mereka dapat maklumat peribadi anda. Kedua, anda boleh buat carian di internet untuk membaca kemungkinan scam dari pihak yang menghubungi anda ini. Ketiga, fikir semula kalau produk yang ditawarkan mereka adalah tawaran yang terlalu bagus atau too good to be true.

Apabila anda dapat tanam langkah ini di dalam fikiran, kemungkinan anda untuk ditipu scammer dapat dikurangkan.


< kembali ke laman blog utama