Bayangkan anda memiliki sebuah perniagaan yang berjaya dan anda memerlukan modal yang besar untuk mengembangkan perniagaan anda. Ada 2 cara yang anda boleh lakukan untuk mengumpul dana, iaitu anda boleh mengambil hutang (loan) atau anda boleh jual sebahagian pegangan (saham) anda dalam syarikat anda kepada orang lain.
Jika anda pilih untuk menjana dana dari orang ramai, anda perlu memperuntukan sebahagian pegangan daripada syarikat anda kepada orang ramai di Bursa Malaysia. Dana yang dikumpul dari orang ramai boleh lah anda gunakan bagi tujuan operasi syarikat.
Untuk pelabur pertama yang membeli saham direct dari anda perlu jual saham itu dengan harga yang lebih tinggi kepada pelabur lain, untuk meraih keuntungan. Pembelian saham daripada syarikat hanya berlaku sekali sahaja, proses jual beli seterusnya berlaku antara pelabur dengan pelabur, dimana pelabur jual beli sesama pelabur dan tidak memberi kesan kepada cashflow syarikat anda.
Maka apa itu pasaran saham?
Pasaran saham adalah satu tempat di mana pelabur-pelabur berhubung untuk membeli dan menjual pelaburan saham.

Maka apa fungsi Bursa Malaysia?
Bursa Malaysia adalah perantara dimana transaksi jual beli saham ini berlaku; iaitu antara syarikat dengan pelabur & pelabur dengan pelabur. Badan yang mengawal selia aktiviti jual beli ini adalah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Securities Commission).
Saham merupakan sebuah perniagaan, di mana kita sebagai pelabur melabur didalam sesebuah syarikat dan memiliki sebahagian daripada syarikat. Pelabur syarikat mempunyai beberapa hak atas aset atau keuntungan yang dibuat oleh syarikat tersebut. Kita layak untuk menghadiri mesyuarat agong tahunan (AGM) syarikat, berhak bertanya soalan semasa AGM, juga bertanya dan mempersoalkan tindakan yang dilakukan oleh pengurusan syarikat.
Bagaimana pasaran saham berfungsi?
Pembeli dan penjual berunding harga saham, tawar menawar dan membuat transaksi setelah capai persetujuan harga. Transaksi ini akan merekodkan supply dan demand (permintaan-bekalan) bagi setiap syarikat. Supply and demand ini membantu meletakkan harga pada sesuatu saham. Pembeli akan menawarkan harga, dan selalunya adalah lebih rendah sedikit daripada harga yang ditawarkan oleh penjual. Transaksi akan berlaku apabila pembeli dan penjual bersetuju dengan harga.
Faktor yang Menaikkan Harga Saham
Ada banyak faktor yang mempengaruhi harga saham. Antranya adalah keuntungan yang dibuat oleh syarikat. Jika ramai pelabur beranggapan bahawa syarikat boleh pergi jauh, harga saham akan meningkat, dan sebaliknya. Kesihatan ekonomi negara dan dunia juga memainkan peranan dalam pergerakan harga kerana saham adalah syarikat. Jika ekonomi tidak bagus dan orang kurang berbelanja, syarikat juga akan terkesan. Ada juga syarikat yang memberi dividen dan bonus issue kepada pelabur-pelabur mereka. Ini juga akan memberi kesan kerana secara am nya harga saham syarikat akan naik dengan banyak sebelum pemberian dividen dan bonus issue .
Mari kita lihat pula 4 sebab popular melabur dalam saham
- Memiliki saham syarikat adalah seperti mengambil peluang/kesempatan atas pertumbuhan ekonomi.
- Kecairan yang tinggi, proses jual beli saham adalah mudah dan cepat, ttidak seperti pelaburan hartanah yang mempunyai kecairan yang rendah.
- Keuntungan boleh dibuat melalui 2 kaedah utama; iaitu menunggu saham syarikat meningkat seiring dengan masa, dan/atau meraih keuntungan melalui perbezaan harga jual beli saham (beli dengan harga murah dan jual dengan harga mahal).
- Pemberian dividen oleh syarikat boleh dijadikan pendapatan sampingan yang konsisten.
Dengan ada nya Bursa Malaysia, ia membuka peluang kepada pelabur individu (juga dipanggil pelabur runcit), terutamanya orang ramai yang tidak mempunyai modal yang besar untuk membeli saham dan mengaut keuntungan daripada pasaran saham. Selagi seseorang itu boleh membeli lot minima yang ditawarkan, maka beliau dapat memiliki saham dalam sesebuah korporasi yang sama seperti pelabur lain.
Cara Membuat Duit dengan Membeli Saham di pasaran saham
Terdapat dua cara melabur dalam saham boleh menambahkan pendapatan anda iaitu melalui:- Keuntungan dari perbezaan harga modal: Jika anda beli saham pada harga RM10 seunit, dan harga saham itu naik ke RM20 seunit, anda telah gandakan wang pelaburan anda 2x ganda
- Dividen: Anda dibayar untuk memiliki saham. Syarikat yang stabil dan mempunyai kewangan yang kukuh akan membayar dividen setiap suku tahun atau setahun sekali kepada pemegang saham syarikat. Mereka melakukan ini sebagai cara untuk berkongsi keuntungan mereka dengan pemilik syarikat iaitu anda sebagai pemegang saham.