IPO

12-JAN-2026

Analisis IPO One Gasmaster Holdings Berhad: Integrator Sistem Keselamatan Industri dan ESG


AA    


 

One Gasmaster Holdings Berhad (One Gasmaster) adalah penyedia penyelesaian kejuruteraan khusus dalam bidang pemantauan alam sekitar dan pengesanan gas. Syarikat ini dijangka disenaraikan di ACE Market Bursa Malaysia pada 27 Januari 2026 dengan harga tawaran RM0.25 seunit, bersamaan Market Capitalisation RM77.50 juta. Dana IPO akan digunakan untuk pengembangan lokasi geografi dan peningkatan kapasiti makmal kalibrasi bagi memenuhi permintaan pematuhan ESG yang semakin ketat. Dalam analisis ini, kita akan menilai fundamental dan potensi pertumbuhan syarikat secara menyeluruh.

 

Model Perniagaan 

 

 

Sebagai syarikat yang terlibat dengan keselamatan melalui sistem yang ditawarkan (Environmental, Gas  Hygiene), model perniagaan syarikat unik kerana dipacu oleh peraturan kerajaan, di mana industri diwajibkan memasang sistem yang ditawarkan.

Sumber pendapatan utama:

  1. Solution Project (Environmental and Gas Solutions)
    Melibatkan reka bentuk dan pemasangan sistem Continuous Emission Monitoring Systems (CEMS) dan sistem pengesanan gas berbahaya. Segmen ini adalah penyumbang terbesar hasil syarikat. Di bawah Environmental Quality (Clean Air) Regulations 2014, industri berat wajib memasang CEMS untuk memantau pelepasan asap. One Gasmaster bertindak sebagai konsultan berdaftar dengan DOE untuk memasang dan menyelenggara sistem ini.

  2. Penyelenggaraan dan Kalibrasi
    Dengan makmal bertauliah ISO/IEC 17025, syarikat menjana pendapatan berulang kerana setiap instrumen pengesan gas perlu dikalibrasi secara berkala mengikut peraturan DOE dan DOSH.

  3. Sistem Perpaipan Gas
    Sebagai kontraktor Gas Kelas A, OGM memasang sistem paip LPG dan gas asli untuk bangunan komersial dan fasiliti industri berskala besar.

 

 

Segmen syarikat terbahagi kepada 3 iaitu berasaskan projek, penyelenggaraan dan kalibrasi serta penjualan equipment pihak ketiga. Ketiga-tiga segment ini menunjukkan keseimbangan dengan masing-masing sekitar 30+%. Manakala dari segi pelanggan, OGM mempunyai kepelbagaian pelanggan dari pelbagai industri seperti minyak & gas, agensi kerajaan, dan kilang-kilang industri.

 

 

Maklumat IPO

 

 

Penggunaan Dana IPO

 

 

One Gasmaster dijangka mengumpul RM19.38 juta. Strategi penggunaan dana menunjukkan fokus syarikat pada pengembangan nilai tambah:

 

Prestasi Kewangan 

 

 

Pertumbuhan hasil:
Hasil meningkat dari RM22.87 juta pada 2022 ke RM38.01 juta pada 2024, dengan lonjakan 22.6% pada 2024, dipacu projek CEMS berskala besar seperti Nanjing Chemical Construction. Ini menunjukkan keupayaan syarikat bersaing dengan pemain multinasional. Namun terdapat kejatuhan untuk FPE2025 disebabkan oleh sebahagian projek yang tamat pada FYE2024 dan juga penolakan kos-kos one off seperti kos IPO.

Peningkatan margin keuntungan:
PAT Margin berkembang daripada 11.96% pada 2022 ke 14.64% pada 2024, menandakan pricing power yang kuat dan economies of scale yang dicapai.

Pendapatan berulang vs projek:
Segmen penyelenggaraan dan kalibrasi (31.3% revenue) memberi aliran tunai stabil, melengkapkan segmen projek yang bersifat tidak berulang.

Kecekapan operasi:
Gross Profit Margin stabil sekitar 31–33%, menunjukkan pengurusan kos bahan mentah yang cekap. Walaupun terdedah kepada risiko pertukaran mata wang asing, strategi penetapan harga fleksibel membantu mengekalkan margin.

 

Projek dan Visibility Keuntungan

 

Sejak penubuhan, One Gasmaster telah menyiapkan 204 projek bernilai RM32.46 juta. Pelanggan utama termasuk NIOSH (RM5.15 juta) dan Nanjing Chemical Construction (RM3.07 juta). Setakat LPD, terdapat 29 projek yang sedang berjalan bernilai RM6.06 juta. Segmen penyelenggaraan dan kalibrasi menstabilkan aliran tunai. 

 

Gambaran Industri

 

Menurut laporan IMR oleh Protege Associates, industri pemantauan alam sekitar di Malaysia dijangka berkembang pada CAGR 12.1% sehingga RM16.28 bilion menjelang 2029. Pemangkin utama:

 

Kelebihan Kompetitif

 

 

Risiko

 

 

Kesimpulan

 

Secara keseluruhan, IPO One Gasmaster menawarkan pendedahan kepada sektor keselamatan industri dan pematuhan alam sekitar. Dengan penilaian PE 13.93 kali, asas syarikat disokong oleh rekod prestasi yang stabil, margin keuntungan yang sihat, serta strategi pengembangan pasaran yang jelas. Saham ini dilihat sesuai untuk pelabur yang mencari tema ESG di Bursa Malaysia dengan jangkaan pertumbuhan yang sederhana namun mampan. Walau bagaimanapun, pelabur dinasihatkan untuk melakukan kajian terperinci dan mempertimbangkan risiko berkaitan sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.

 

FAQ IPO One Gasmaster

 

1. Apakah perniagaan utama One Gasmaster?
Menyediakan sistem pemantauan alam sekitar, pengesanan gas, sistem paip gas industri, dan khidmat kalibrasi.

2. Siapakah pelanggan utama?
Pelanggan termasuk InstruEdar Teknologi dan Malaysian Sheet Glass.

3. Berapakah harga dan Market Cap IPO ini?
RM0.25 seunit, Market Cap RM77.50 juta.

4. Adakah patuh Syariah?
Ya, disahkan patuh Syariah oleh Suruhanjaya Sekuriti.

5. Apakah pemangkin pertumbuhan utama OGM?
Pematuhan peraturan alam sekitar yang ketat dan keperluan ESG korporat.


< kembali ke laman blog utama