IPO

16-FEB-2026

Analisis IPO OGX: Distributor 18 Jenama IT Dengan Kepakaran Enterprise Data Centre


AA    


 

OGX Group Berhad (OGX), sebuah syarikat IT Infrastructure Solutions Specialist dengan rekod prestasi 19 tahun, bakal disenaraikan di ACE Market Bursa Malaysia pada harga tawaran RM0.35 seunit. Dengan penilaian PE Ratio sekitar 17.2x dan lonjakan Net Profit hampir 100% pada FY2025, OGX memposisikan dirinya sebagai salah satu pemain dalam dua sektor yang sedang berkembang di Malaysia: Data Centre dan Cyber Security. Adakah ini peluang growth yang dicari pelabur? Berikut adalah analisis mendalam bagi IPO ini.

 

Model Perniagaan Syarikat

 

 

OGX Group Berhad ialah penyedia IT infrastructure solutions dan memegang status Authorized Distributor untuk 18 jenama teknologi antarabangsa termasuk HPE-Aruba (Network), Vertiv (Data Centre), dan Tenable (Cyber Security).

Pendapatan syarikat terbahagi kepada dua segmen utama:

1. Segmen Solutions (78% Revenue)

Ini adalah perniagaan utama OGX. Syarikat bukan sekadar menjual produk, tetapi menyediakan full solutions merangkumi design, configuration, & implementation menggunakan pasukan 56 jurutera dalaman. Fokus utama segmen ini:

- Network Infrastructure: pemasangan routers, switches & enterprise Wi-Fi.

- Cyber Security: Pemasangan firewall dan data protection systems.

- Enterprise Data Centre: Melengkapkan server rooms dengan precision cooling dan UPS.

Segmen ini menawarkan high gross profit margin (~25%) kerana ia melibatkan caj perkhidmatan teknikal dan konsultansi bukan sekadar jualan third parties hardware.

 

2. Segmen Non-solutions (22% Revenue)

Segmen ini lebih straightforward, melibatkan jualan terus hardware dan software pihak ketiga kepada pelanggan yang tidak memerlukan installation services, termasuk penjualan extended warranties. Margin lebih rendah (~6–7%) kerana bersifat trading, tetapi penting untuk mengekalkan cash flow yang konsisten dan hubungan jangka panjang dengan pelanggan.

 

 

Butiran IPO

 

Berikut adalah fakta penting tentang penyenaraian IPO ini:

Pasaran: ACE Market

Harga IPO: RM0.35 seunit

Closing Date: 2 Mac 2026

Balloting Date: 4 Mac 2026

Listing Date: 12 Mac 2026

Market Capitalisation: RM262.5 juta

Nisbah PE (PE Ratio): Kira-kira 17.16x (berdasarkan keuntungan FY2025)

 

Penggunaan Dana IPO

 

 

OGX menyasarkan untuk mengumpul dana sebanyak RM52.5 juta. Berikut merupakan pecahannya:

 

1. Pengambilalihan Fasiliti Baharu (57.1% - RM30.0 juta): 

Peruntukan terbesar OGX ialah merancang untuk membeli sebuah bangunan industri di Shah Alam atau Subang Jaya. Menggabungkan pejabat dan gudang di bawah satu bumbung. Paling penting, mereka ingin membina "Experience Centre". Ini adalah bilik pameran teknikal di mana klien boleh melihat simulasi live bagaimana sistem rangkaian atau Data Centre berfungsi sebelum membeli. Ia juga penting untuk menyimpan stok bagi perniagaan baharu mereka (DTCT Modular Data Centre) yang memerlukan ruang gudang besar.

 

2. Modal Kerja  (16.2% - RM8.5 juta): 

Bisnes pengedaran memerlukan aliran tunai yang besar. OGX perlu membayar prinsipal (selalunya dalam USD) sebelum mereka menerima bayaran daripada pelanggan (selalunya dalam tempoh kredit 60-90 hari). Suntikan tunai ini akan melancarkan pusingan modal mereka.

 

3. Pengembangan Perniagaan (8.6% - RM4.5 juta):

Dana ini untuk membeli stok bagi jenama-jenama baharu yang bakal dibawa masuk. Mereka juga akan membuka pejabat jualan di Sabah & Sarawak untuk menyokong inisiatif ekonomi digital kerajaan negeri di sana.

 

4. Bayaran Balik Hutang & Kos IPO (18.1%):

Bakinya digunakan untuk melangsaikan hutang bank (RM4.5 juta) dan menampung kos penyenaraian (RM5.0 juta).

 

Prestasi Kewangan OGX

 

Prestasi OGX menunjukkan trend yang menarik, terutamanya dari segi kecekapan operasi (Operational Efficiency).

Revenue

Pendapatan melonjak dari RM82.8 juta (FY2022) ke RM172.5 juta (FY2024) didorong oleh peningkatan hasil dari projek melibatkan pelanggan utama A dan C. Pada FY2025, hasil sedikit mendatar (RM176.3 juta) kerana projek tersebut telah disiapkan OGX, yang mungkin merisaukan sesetengah pelabur. Namun, data terkini FPE 2026 (5 bulan pertama) menunjukkan hasil sebanyak RM105.8 juta. Jika disetahunkan (annualized), OGX berada di landasan untuk memecahkan rekod pendapatan tahunan melebihi RM250 juta. 

 

 

Lonjakan Margin Keuntungan (Profit Margin Expansion):

Walaupun hasil mendatar pada FY2025, Keuntungan Bersih (Net Profit) melonjak hampir 100% (dari RM8.1 juta pada FY2024 ke RM15.3 juta pada FY2025).

Kenapa ini berlaku?

Pihak pengurusan berjaya mengurangkan kebergantungan kepada sub-kontraktor luar (outsourced services). Dengan menggunakan tenaga kerja dalaman (56 jurutera bertauliah) untuk kerja-kerja pemasangan, mereka berjaya meningkatkan Gross Profit Margin daripada ~16% kepada ~21%. Ini adalah indikator pengurusan kos yang sangat baik.

Dividend Policy

Syarikat tidak mempunyai polisi dividen rasmi yang tetap. Walau bagaimanapun, rekod lampau menunjukkan pembayaran (payout ratio) sekitar 57% - 58% daripada keuntungan bersih pada tahun-tahun sebelum ini. Pelabur boleh menjangkakan potensi dividen sekiranya aliran tunai syarikat kekal positif.

 

Pelanggan & Pembekal Utama

 

 

Pelanggan:

Pelanggan terus OGX bukanlah pengguna akhir, tetapi System Integrators (SIs). SIs ini adalah syarikat yang memenangi tender projek kerajaan atau GLC.

Dalam prospektus, "Customer A Group" merujuk kepada entiti berkaitan telekomunikasi gergasi negara (berkemungkinan besar kumpulan Telekom Malaysia). 

Pembekal:

Ini adalah risiko terbesar. OGX bergantung kepada jenama luar seperti HPE, Vertiv, dan Sangfor. Jika prinsipal ini menukar strategi (contohnya menjual terus kepada pelanggan) atau membatalkan kontrak pengedaran, bisnes OGX akan terjejas teruk.

 

Gambaran Industri

 

Menurut laporan IMR (Smith Zander), industri ini dijangka berkembang pada CAGR 15.47%. Terdapat dua katalis utama:

Data Centre: Walaupun OGX tidak membina bangunan Hyperscale Data Centre, permintaan untuk Enterprise Data Centre (server dalaman syarikat) tetap meningkat kerana syarikat perlu menaik taraf fasiliti untuk menyokong aplikasi moden dan AI.

Pematuhan Cyber Security: Akta Keselamatan Siber 2024 mewajibkan syarikat Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (CNII) untuk mematuhi standard keselamatan tertentu. Ini memaksa syarikat untuk melabur dalam hardware dan software keselamatan yang diedarkan oleh OGX.

 

Kekuatan Kompetitif

 

1. Technical Moat 
OGX memiliki 56 jurutera IT, yang merangkumi 44% daripada tenaga kerja mereka. Ini nisbah yang sangat tinggi untuk sebuah syarikat pengedar. Kebanyakan pesaing hanya "menjual kotak", tetapi OGX menjual kepakaran teknikal. SIs memerlukan OGX untuk memastikan barang yang dibeli dapat dipasang dan dikonfigurasi dengan betul.

2. Strategik Joint Venture Bersama DTCT

OGX telah menubuhkan Joint Venture dengan DTCT China untuk memperkenalkan "Modular Data Centre". Ini adalah pusat data "pasang siap" (seperti kabinet gergasi yang siap dengan penyejuk dan kuasa) yang sesuai untuk Edge Computing. OGX memegang hak eksklusif untuk pasaran Malaysia dan Vietnam. Jika berjaya, ini akan mengubah OGX daripada sekadar pengedar kepada pemilik jenama dengan margin yang lebih tinggi.

 

Risiko Utama

 

Sebelum memohon, pelabur perlu mempertimbangkan risiko berikut:

 

1. Kebergantungan Projek:

Pendapatan syarikat banyak bergantung pada projek one-off dan OGX tidak mempunyai projek jangka masa panjang. Selepas satu projek besar selesai, mereka perlu segera mencari projek baharu untuk mengekalkan momentum pendapatan.

2. Aliran Tunai:

Model bisnes ini memerlukan modal yang besar untuk memegang stok (Inventori) dan memberikan tempoh kredit kepada pelanggan (Trade Receivables). Peningkatan projek bermaksud lebih banyak wang tunai akan terikat dalam modal kerja.

3. Risiko Pertukaran Mata Wang:

OGX membeli barang dalam USD tetapi menjual dalam Ringgit. Jika Ringgit melemah mendadak, kos barang akan naik dan mungkin menjejaskan margin jika mereka tidak sempat menaikkan harga jualan.

 

Kesimpulan

 

OGX Group Berhad adalah sebuah syarikat yang terlibat dengan perkhidmatan dan pengedaran produk IT. Mereka berada di posisi yang strategik untuk memanfaatkan dua trend mega di Malaysia: Data Center dan Cyber Security. Walaupun terdapat risiko kebergantungan kepada pembekal dan penggunaan dana IPO yang agak konservatif, potensi pertumbuhan daripada segmen Modular Data Centre dan pengembangan ke Vietnam melalui joint ventures bersama DTCT memberikannya catalyst yang menarik untuk jangka masa panjang.

Pelabur dinasihatkan untuk melakukan kajian terperinci dan mempertimbangkan risiko berkaitan sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.

 

FAQ IPO OGX Group Berhad

 

1. Apakah perniagaan utama OGX Group?

OGX adalah pakar penyelesaian infrastruktur IT yang menyediakan Hardware & Software melibatkan networking, Cyber Security & Enterprise Data Center. Mereka juga menawarkan khidmat nasihat teknikal dan penyelenggaraan.

2. Apakah tujuan utama OGX Group menjalankan IPO?

Sebahagian besar dana (57.1%) akan digunakan untuk membeli fasiliti baharu bagi menggabungkan operasi dan menyimpan stok. Baki dana digunakan untuk modal kerja, membayar hutang bank, dan pengembangan pasaran ke Malaysia Timur.

3. Apakah kekuatan syarikat?

Kekuatan utama OGX terletak pada pasukan teknikal dalaman yang besar (mengurangkan kos outsourcing), portfolio 18 jenama global yang kukuh, dan kemasukan ke dalam segmen produk baharu melalui usahasama DTCT.

4. Apakah risiko utama yang perlu pelabur tahu?

Risiko utama termasuk turun naik mata wang asing (USD/MYR), kebergantungan kepada kontrak pengedaran daripada jenama prinsipal, dan keperluan modal kerja yang tinggi untuk menampung inventori projek.

5. Adakah IPO OGX Group Patuh Syariah?

Ya, status patuh Syariah saham OGX Group Berhad telah disahkan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.


< kembali ke laman blog utama