IPO

26-MAR-2026

Analisis IPO Empire Premium Food Berhad: Operator Rangkaian Sushi Terbesar di Malaysia


AA    


 

Kalau anda biasa pergi pusat beli-belah, besar kemungkinan anda akan nampak jenama Empire Sushi.  Jenama ini semakin meluas dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan konsep sushi mampu milik yang mudah diakses oleh ramai. Di sebalik jenama ini, Empire Premium Food Berhad (Empire Premium) kini bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya melalui penyenaraian di Main Market Bursa Malaysia menerusi tawaran IPO mereka.

 

Model Perniagaan Syarikat

 

 

Empire Premium adalah sebuah owner-operator rantaian perkhidmatan makanan sushi melalui anak syarikat tunggalnya, Empire Sushi Sdn Bhd. Mereka memfokuskan kepada penyediaan makanan Jepun yang telah diubah suai mengikut selera tempatan (localised) pada harga yang sangat kompetitif. Syarikat menjana Revenue melalui dua format outlet utama:

1. Grab-and-go sushi (87.3% daripada Revenue): Outlet kompak yang terletak strategik di pusat beli-belah dan hab transit, memfokuskan kepada pelanggan yang mahukan hidangan pantas untuk dibawa pulang.

2. Quick dine-in sushi (12.7% daripada Revenue): Menawarkan pengalaman makan di kedai dengan tambahan menu hidangan panas seperti Ramen, Udon, dan Oden. Sesetengah outlet juga dilengkapi dengan sistem conveyor belt.

Setakat ini, Empire Premium mengendalikan sebanyak 143 outlet di seluruh Malaysia, menjadikannya pemain terbesar dalam industri sushi tempatan.

 

Butiran IPO

 

Berikut adalah butiran utama IPO ini:

 

Penggunaan Dana IPO

 

 

Empire menyasarkan untuk mengumpul gross proceeds sebanyak RM152.6 juta daripada Public Issue, dan ini adalah rancangan strategik mereka:

1. Pengembangan Outlet (51.85% - RM79.12 juta): Ini adalah fokus utama. Syarikat merancang untuk membuka 56 outlet baru dalam tempoh 36 bulan merangkumi format grab-and-go dan quick dine-in di seluruh Malaysia bagi meningkatkan market coverage termasuk di Sabah Sarawak.

2. Menaik Taraf Outlet Sedia Ada (8.28% - RM12.64 juta): Dana ini akan digunakan untuk mengubah suai 27 outlet sedia ada bagi memastikan keselesaan pelanggan dan mengekalkan imej jenama yang moden.

3. Working Capital (34.10% - RM52.04 juta): Sebanyak RM50.0 juta akan digunakan khusus untuk pembelian bahan mentah (input materials) bagi menyokong peningkatan jumlah outlet dan jualan.

4. Estimated Listing Expenses (5.77% - RM8.80 juta): Untuk membayar yuran profesional, dan kos pemasaran berkaitan proses Listing.

 

Prestasi Kewangan

 

 

Rancangan masa depan syarikat disokong oleh prestasi kewangan yang kukuh. Berdasarkan Prospectus, syarikat menunjukkan trend pertumbuhan yang sangat positif:

- Revenue: Meningkat daripada RM137.1 juta (FYE 2023) kepada RM235.6 juta (FYE 2025), mencatatkan CAGR sebanyak 31.1%. Pertumbuhan ini didorong terutamanya oleh pembukaan 59 outlet baru dalam tempoh tersebut.

- Net Profit (PAT): Melonjak drastik daripada RM14.6 juta kepada RM37.9 juta dalam tempoh yang sama, dengan CAGR 61.2%.

- Profit Margin: Syarikat mengekalkan GP Margin yang sihat sekitar 41.7%, menunjukkan kecekapan dalam menguruskan kos bahan mentah walaupun dalam persekitaran inflasi.

Walau bagaimanapun, pelabur perlu memerhatikan kadar SSSG (Same Store Sales Growth) yang menunjukkan penurunan daripada 12.2% (FYE 2023) kepada 1.6% (FPE 2025). Walaupun Ini adalah perkara biasa bagi syarikat yang berkembang pesat (fasa expansion), namun ia menunjukkan kepentingan pembukaan outlet baru sebagai pemacu pertumbuhan utama. Pada masa yang sama, pembukaan outlet baru sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap pertumbuhan jualan bagi outlet lama. Namun, kami cenderung untuk menekankan prestasi jualan dan juga keuntungan syarikat secara kolektif adalah seiring dengan pembukaan outlet baru setakat ini.

 

Polisi Dividen

 

Dengan prestasi keuntungan yang dilihat stabil, apakah polisi syarikat dalam memberi pulangan kepada pemegang saham?

Empire Premium menetapkan sasaran payout ratio sekurang-kurangnya 30.0% daripada PAT tahunan secara kasar. Ini menunjukkan komitmen pihak pengurusan untuk memberi ganjaran kepada pelabur, tertakluk kepada keperluan tunai untuk perkembangan dan modal kerja.

 

Pelanggan & Pembekal Utama

 

Kestabilan perniagaan sesebuah syarikat banyak bergantung kepada hubungan dengan pelanggan dan pembekal utamanya.

 

Kekuatan & Kelebihan Kompetitif

 

 

- Leading Market Position: Merupakan antara pengusaha rantaian sushi terbesar di Malaysia, yang memberi mereka kelebihan skala ekonomi. Pada masa yang sama, jenama Empire sebagai penjual produk Sushi memang tidak dapat disangkal lagi bagi pasaran Malaysia. 

- Modular & Scalable Model: Outlet mereka direka supaya mudah untuk dtiru di lokasi baru dengan kos yang terkawal.

- Lokasi Strategik: Fokus kepada pusat beli-belah utama dan hab transit menjamin foot traffic yang tinggi secara konsisten.

- Pensijilan Halal: Keupayaan mengekalkan status Halal (JAKIM) bagi 132 outlet adalah kunci utama untuk menembusi pasaran massa di Malaysia.

 

 

Risiko Utama

 

- SSSG yang menurun: Kadar SSSG yang menurun menunjukkan pertumbuhan sekarang adalah banyak bergantung kepada pembukaan outlet baru. 

- Wujud pengeluaran tunai besar-besaran oleh pengasas berjumlah RM165 juta (gabungan dividen pra-IPO RM64 juta dan Offer for Sale RM101 juta) sebelum pelabur masuk. 

- Gangguan Rantaian Bekalan: Kebergantungan kepada import untuk bahan tertentu seperti salmon dan beras mendedahkan syarikat kepada risiko kenaikan harga komoditi dan isu logistik global.

- Kebergantungan kepada Foot Traffic Mall: Memandangkan hampir semua outlet berada di dalam mall, sebarang penurunan populariti sesebuah pusat beli-belah akan memberi kesan langsung kepada jualan.

 

Kesimpulan

 

Secara keseluruhan, IPO Empire Premium Food Berhad menawarkan peluang untuk melabur dalam jenama tempatan yang mempunyai rekod prestasi (track record) yang sangat terbukti dan pelan pengembanganyang jelas. Kekuatan mereka dalam segmen sushi halal dan model perniagaan yang scalable adalah aset besar. Walaupun menghadapi cabaran kos buruh dan bahan mentah, kedudukan mereka sebagai pemimpin pasaran memberikan kelebihan kompetitif yang sukar digugat.  

Seperti biasa, pelabur dinasihatkan untuk melakukan due diligence yang mendalam dan memahami profil risiko sendiri sebelum membuat keputusan pelaburan.

 

FAQ IPO EMPIRE

 

1. Apakah perniagaan utama Empire Premium?
Syarikat adalah pemilik dan pengendali rantaian sushi tempatan di bawah jenama "Empire Sushi" dengan model grab-and-go dan quick dine-in.

2. Apakah tujuan utama Empire Premium menjalankan IPO?
Tujuan utama adalah untuk mengumpul dana bagi pembukaan 56 outlet baru di seluruh Malaysia, menaik taraf outlet sedia ada, dan sebagai modal kerja.

3. Apakah kekuatan syarikat?
Mempunyai kedudukan pasaran yang dominan, model perniagaan yang mudah dikembangkan (scalable), lokasi outlet yang strategik di pusat beli-belah, dan pensijilan Halal JAKIM yang menyeluruh.

4. Apakah risiko utama yang perlu pelabur tahu?
Risiko pertumbuhan outlet lama yang menurun, gangguan bekalan bahan mentah, kebergantungan kepada trafik pengunjung pusat beli-belah. 

5. Adakah IPO Empire Premium Food Berhad Patuh Syariah?
Ya, Majlis Penasihat Syariah (SAC) telah mengklasifikasikan sekuriti syarikat ini sebagai Patuh Syariah.


< kembali ke laman blog utama