![]()
Satu lagi syarikat dalam sektor perkhidmatan sokongan hartanah bakal memeriahkan Bursa Malaysia. Adnex Group Berhad (Adnex) kini bersedia melancarkan Initial Public Offering (IPO) mereka di Pasaran ACE. Dengan pengalaman lebih 21 tahun dalam industri interior fit-out, Adnex bukan sekadar kontraktor pengubahsuaian biasa. Mereka merupakan rakan strategik kepada syarikat multinasional (MNC) dan korporat besar dalam membina identiti serta fungsi ruang kerja moden.
Model Perniagaan

Secara asasnya, Adnex ialah pakar dalam penyediaan perkhidmatan interior fit-out yang memfokuskan kepada hartanah korporat seperti pejabat, cawangan F&B dan galeri jualan. Model perniagaan mereka terbahagi kepada dua segmen utama.
Segmen pertama ialah Interior Fit-out Works, di mana Adnex melaksanakan kerja-kerja berdasarkan design yang disediakan oleh pelanggan atau perunding pihak ketiga. Segmen kedua pula ialah Turnkey Fit-out Services, iaitu penyelesaian end-to-end yang merangkumi fasa conceptual design, pengurusan projek, sehinggalah penyerahan kunci (handover). Dalam model ini, pelanggan hanya berurusan dengan satu pihak sahaja sebagai single point of contact.

Revenue syarikat dijana melalui progress billing berdasarkan kemajuan projek yang diperoleh melalui proses tender. Dengan status kontraktor Gred G7 daripada CIDB, Adnex mempunyai kelebihan untuk membida projek tanpa had nilai kontrak di seluruh Malaysia satu positioning yang kukuh dalam industri.
Butiran IPO
Bagi para pelabur yang berminat, berikut adalah butiran utama IPO ini:
-
Pasaran: ACE Market
-
Harga IPO: RM0.20 per share
-
Permohonan (Application) Ditutup: 5 Mac 2026
-
Balloting: 9 Mac 2026
-
Listing on Bursa: 17 Mac 2026
-
Market Capitalisation: RM100,000,000.00
Penggunaan Dana IPO

Persoalannya, ke manakah dana sebanyak RM18.10 juta yang dikumpul daripada Public Issue ini akan disalurkan?
Berdasarkan Prospectus, Adnex telah merangka pelan strategik yang sangat jelas:
-
Business Expansion (35.36% - RM6.40 juta): Peruntukan terbesar iaitu RM6.40 juta akan digunakan untuk menyewa pejabat lebih besar di Selangor serta membuka cawangan baharu melalui co-working spaces di Pulau Pinang, Johor dan Sabah. Selain itu, syarikat turut merancang pengembangan ke Filipina dan Indonesia, menunjukkan hala tuju pertumbuhan yang lebih agresif dan bersifat regional.
-
Performance Bonds (16.57% - RM3.00 juta): Sebagai kontraktor G7, jaminan bank (bank guarantee) sangat penting untuk menjamin pelaksanaan projek. Dana ini akan meningkatkan liquidity syarikat untuk membida lebih banyak projek berskala besar.
-
Repayment of Bank Borrowings (6.63% - RM1.20 juta): RM1.20 juta akan digunakan untuk mengurangkan pinjaman bank sedia ada. Langkah ini dijangka menjimatkan kos faedah sekitar RM0.10 juta setahun dan mengurangkan gearing ratio daripada 0.71 kali kepada 0.31 kali, sekali gus mengukuhkan balance sheet syarikat.
-
Working Capital (21.55% - RM3.90 juta): Digunakan untuk pembelian material projek dan pembayaran kepada sub-kontraktor.
-
Listing Expenses (19.89% - RM3.60 juta): Kos-kos berkaitan proses penyenaraian.
Prestasi Kewangan
Rancangan pengembangan ini disokong oleh prestasi kewangan yang memberangsangkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Bagi FYE 2022, Adnex mencatatkan Revenue RM30.9 juta dengan Net Profit RM3.42 juta dan Net Profit Margin 11.07%. Prestasi ini meningkat pada FYE 2023 dengan Revenue RM46.6 juta dan Net Profit RM5.03 juta. Pada FYE 2024, Revenue terus berkembang kepada RM50.2 juta dengan Net Profit RM6.39 juta dan margin 12.72%.
Yang lebih menarik, bagi tempoh 9 bulan FPE 2025, Revenue telah mencecah RM67.1 juta dan sudah melepasi keseluruhan Revenue FYE 2024. Net Profit bagi tempoh tersebut ialah RM6.48 juta dengan margin 9.65%. Walaupun margin sedikit menurun akibat peningkatan kos operasi dan pengembangan tenaga kerja, keuntungan bersih kekal kukuh. Ini menunjukkan momentum pertumbuhan masih berada dalam trajectory yang positif.
Polisi Dividen
Setakat ini, Adnex tidak mempunyai formal dividend policy. Walau bagaimanapun, lembaga pengarah berhasrat untuk mencadangkan dividen berdasarkan prestasi kewangan dan keperluan aliran tunai semasa. Rekod sejarah menunjukkan pada FYE 2024, dividend payout ratio mencecah 92.32%, satu kadar yang agak tinggi. Namun, pelabur perlu faham bahawa pembayaran dividen pada masa hadapan bergantung kepada keperluan perniagaan dan strategi pertumbuhan selepas IPO.
Pelanggan & Pembekal

Dari sudut pelanggan, Adnex mempunyai pangkalan pelanggan yang berkualiti tinggi termasuk syarikat MNC dan korporat besar. Bagi FPE 2025, lima pelanggan teratas menyumbang sekitar 70.73% daripada jumlah Revenue, menunjukkan wujudnya concentration risk. Namun begitu, syarikat berjaya mengekalkan hubungan jangka panjang sehingga 14 tahun dengan sebahagian pelanggan ini, memberi sedikit kestabilan kepada aliran projek.
Bagi pembekal pula, Adnex banyak bergantung kepada sub-kontraktor untuk kerja-kerja fizikal di tapak. Syarikat mempunyai 1,306 sub-kontraktor dan pembekal berdaftar, memberikan fleksibiliti dalam pengurusan kos, kualiti dan kapasiti projek.
Gambaran Industri

Menurut laporan IMR, industri interior fit-out di Malaysia mencatatkan CAGR 9.6% bagi tempoh 2019 hingga 2024 dan dijangka berkembang pada kadar 8.3% sehingga 2027 dengan nilai pasaran sekitar RM2.7 bilion.
Pemacu utama termasuk pertumbuhan hartanah komersial di kawasan seperti Tun Razak Exchange, permintaan tinggi sektor F&B serta perkembangan data centers yang memerlukan kemasan dalaman khusus dan bertaraf korporat.
Kelebihan & Kekuatan Kompetitif
Dalam industri yang sedang berkembang ini, bagaimanakah Adnex Group membezakan dirinya?
-
Penyelesaian Total Solution: Sebagai penyedia perkhidmatan turnkey, mereka memudahkan pelanggan kerana hanya perlu berurusan dengan satu titik hubungan (single point of contact).
-
Reputasi dengan MNC: Kejayaan memenuhi kriteria due diligence syarikat antarabangsa yang ketat membuktikan kualiti kerja Adnex adalah bertaraf dunia.
-
Kepakaran Rekaan Mampan: Adnex mempunyai keupayaan untuk melaksanakan projek bertaraf LEED (Leadership in Energy and Environmental Design), satu nilai tambah yang sangat dicari oleh korporat yang mementingkan ESG.
-
Pengurusan Berpengalaman: Pengasas mereka, Kan Wai Chun, mempunyai pengalaman hampir 26 tahun, memberikan kestabilan dari segi kepimpinan strategik.
Risiko Utama
Namun, setiap pelaburan datang dengan risikonya yang tersendiri:
-
Replenishment Order Book: Perniagaan Adnex adalah berasaskan projek. Tiada jaminan syarikat akan sentiasa menang tender di masa hadapan untuk mengekalkan momentum Revenue.
-
Kebergantungan kepada Sub-kontraktor: Sebarang kegagalan sub-kontraktor untuk menyiapkan kerja mengikut tempoh atau kualiti boleh menjejaskan reputasi dan margin keuntungan Adnex.
-
Kos Overruns: Kenaikan harga bahan binaan secara tiba-tiba boleh mengurangkan margin untung jika syarikat tidak dapat memindahkan kos tersebut kepada pelanggan.
-
Risiko Pasaran / Geopolitik: Ketegangan geopolitik yang sedang berlaku di Timur Tengah melibatkan boleh memberi kesan kepada sentimen pasaran global. Walaupun Adnex beroperasi dalam sektor perkhidmatan sokongan hartanah, tekanan makro seperti kenaikan kos tenaga, gangguan rantaian bekalan, atau risk-off sentiment pelabur boleh menjejaskan penilaian saham dan pergerakan harga dalam jangka pendek.
Kesimpulan
Secara keseluruhan, Adnex Group Berhad merupakan pemain berpengalaman dalam industri interior fit-out dengan pelanggan korporat berkualiti tinggi dan rekod pertumbuhan yang konsisten. IPO ini dilihat sebagai catalyst untuk pengembangan nasional dan serantau, di samping mengukuhkan struktur kewangan syarikat.
Namun begitu, sektor ini bersifat cyclical dan bergantung kepada kesinambungan projek. Seperti biasa, pelabur disarankan untuk membaca Prospectus sepenuhnya dan menilai profil risiko masing-masing sebelum membuat keputusan pelaburan.
FAQ IPO Adnex Group Berhad
1. Apakah perniagaan utama Adnex Group Berhad?
Penyediaan perkhidmatan interior fit-out (hiasan dalaman pejabat/komersial) merangkumi kerja-kerja pengubahsuaian biasa dan penyelesaian turnkey (reka & bina).
2. Apakah tujuan utama Adnex menjalankan IPO?
Dana IPO akan digunakan terutamanya untuk pengembangan perniagaan (cawangan baru di Malaysia & luar negara), membiayai performance bonds untuk tender, membayar hutang bank, dan modal kerja.
3. Apakah kekuatan utama syarikat?
Mempunyai lesen CIDB G7 (tiada had nilai kontrak), rekod prestasi 21 tahun, pangkalan pelanggan MNC yang setia, dan kepakaran dalam rekaan mampan (LEED).
4. Apakah risiko utama yang perlu pelabur tahu?
Risiko kegagalan memenangi tender baru untuk mengisi order book, kebergantungan kepada prestasi sub-kontraktor, risiko kenaikan kos bahan mentah, dan risiko Geopolitik yang sedang berlaku.
5. Adakah IPO Adnex Group Berhad Patuh Syariah?
Ya, Majlis Penasihat Syariah SC telah mengklasifikasikan sekuriti Adnex Group Berhad sebagai Patuh Syariah.