TEKNIKAL

24-DEC-2018

Aktiviti Window Dressing


 


Window Dressing News

Satu minggu lagi tinggal untuk tahun 2018, saat-saat akhir di mana pengurus-pengurus syarikat nak tutup akaun, dan pengurus-pengurus dana (fund manager) nak kira dan siapkan laporan tahunan. Untuk dana yang perform semestinya tidak ada apa yang perlu dibimbangkan. Namun, untuk sesetengah dana, laporan yang tidak baik merupakan segala-galanya. Boleh jadi sebab pemegang unit amanah atau unit dana hilang kepercayaan atau membuat keputusan mengeluarkan duit dan pergi tak kembali.

Oleh sebab itu, berlakunya aktiviti window dressing pada penghujung tahun dan tarikh-tarikh laporan perlu dibuat. Apakah itu aktiviti window dressing? Window dressing merupakan aktiviti dimana pengurus dana menolak harga sesuatu saham supaya nampak cantik dalam laporan kewangan dana. Contohnya, sekiranya dana A membuat laporan tahunan untuk tahun 2018, dana A akan menolak harga pada hari terakhir bulan / tahun tersebut supaya prestasi nampak naik banyak, sedangkan keadaan fundamental syarikat mungkin tidak sekuat harga yang naik.

Contoh window dressing yang pernah berlaku:

KLCC
KLCC Window Dressing
NAIM
NAIM Window Dressing
SPSETIA
SPSETIA Window Dressing
MITRA
MITRA Window Dressing
DIGI
DIGI Window Dressing

Strategi Window Dressing


1. Cari saham yang selalunya naik berdekatan hujung tahun (atau quarter atau bulan) - Institusi dah start enjin untuk support saham-saham yang mereka pegang sebelum ini. Dengan pertambahan harga dan volume, pedagang akan cuba turut serta beli saham-saham tersebut. Semakin dekat dengan penghujung tahun atau quarter atau bulan, semakin kuat percubaan menaikkan harga.

Kami senaraikan saham-saham yang selalu naik di penghujung tahun dalam Screener Window Dressing (1W merujuk kepada 1 Week - boleh pantau bermula 1 minggu terakhir sehingga hari terakhir hujung tahun).

2. Cari saham yang selalunya naik pada hari terakhir hujung tahun - Saham dalam kategori ini selalu dinaikkan secara terang-terang (seperti 5 gambar contoh diatas), cuma hanya berlaku pada 15 minit terakhir saham didagangkan. Strategi ini memerlukan anda membeli sebelum pukul 4.44 petang (beli pagi pun digalakkan), dan queue sell [dengan harga asalkan untung] antara pukul 4.45-4.49 petang (Untuk yang takde masa, queue terus sell [dengan harga asalkan untung] selepas beli).

Sekiranya harga gap up pada pukul 4.50 petang, masih akan matched pada harga tutup (dan bukannya harga anda queue sell) - Contoh beli harga RM7.90, queue sell harga RM8.00, tetapi masih matched pada harga RM8.60 dan untung besar. Boleh rujuk Screener Window Dressing (1D merujuk kepada 1 Day iaitu harga yang naik hanya pada hari terakhir sahaja) untuk mendapat saham-saham yang suka naik hari terakhir sahaja.

3. Cari institusi yang suka buat window dressing - Kami mendapati ada pattern beberapa institusi yang suka buat window dressing, jadi dengan melihat kepada saham-saham dan pergerakan harga pada penghujung tahun/suku/bulan, kita boleh fokus pada saham-saham yang dipegang oleh dana tersebut.

Boleh baca posting blog sebelum ini iaitu https://www.isaham.my/blog/saham-milik-jerung-institusi untuk membuat kajian lanjut menggunakan cara ini. Senarai institusi yang selalu buat window dressing telah dibincangkan di dalam kelas iSaham (tidak dinyatakan disini bagi mengelakkan institusi-institusi berkaitan baca posting ni dan tak jadi window dressing).


Risiko


Semua strategi dalam saham mempunyai risiko tersendiri. Contohnya untuk strategi-strategi di atas, sangat bergantung pada institusi untuk membuat window dressing dengan membuat belian yang kuat, jadi boleh jadi institusi rasa tidak perlu buat atau tidak berbaloi dengan duit yang perlu digunakan. Aktiviti window dressing oleh institusi juga pernah diberi amaran oleh badan berkuasa tetapi setakat ini masih berlaku seperti biasa.

Strategi-strategi diatas telah dibincangkan dengan mendalam dalam Sesi Khas iSaham 1 yang memberi fokus pada topik Window Dressing dan juga kelas-kelas iSaham sepanjang Disember. Info semasa dikupas lebih awal di dalam kelas, jadi boleh perhati rapat pada tarikh-tarikh kelas iSaham di page Events di Facebook iSaham untuk tidak terlepas input penting pada masa akan datang.


< kembali ke laman blog utama