IPO

13-JAN-2020

9 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang IPO Mr DIY yang Bakal Keluar Nanti


 


Anda mungkin pernah dengar berita Mr DIY ingin disenaraikan di Bursa. Berita baik kepada anda semua, nampaknya mereka semakin dekat ke arah IPO. Draf awal prospektus mereka baru sahaja dikeluarkan di laman web Securities Commission, dan banyak perkara yang kita boleh pelajari tentang syarikat ni.

1. Akan tersenarai dalam Pasaran Utama

Mr DIY akan disenaraikan dalam pasaran utama di Bursa Malaysia. Penyenaraian dalam pasaran utama dikenakan syarat dengan keperluan yang lebih tinggi, contohnya keuntungan 3 ke 5 tahun kewangan yang penuh dengan keuntungan agregat sebanyak RM20 juta.

2. Diklasifikasikan sebagai syariah oleh SC

mr. diy shariah compliance status Dinilai shariah oleh SC

Saringan awal oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) melalui Majlis Penasihat Shariah (SAC) mereka menunjukkan bahawa saham ini diklasifikasikan sebagai patuh Shariah.

3. Peningkatan kewangan yang konsisten

mr. diy financial information

Setakat laporan yang dikeluarkan, pendapatan tahunan yang dicatatkan menunjukkan peningkatan yang konsisten. Untung bersih yang dicatat dari tahun 2017 dan 2018 berbanding tahun sebelumnya menunjukkan peningkatan sebanyak 43.1% hingga 46.8%.

4. Sebanyak 125,532,000 unit saham dibuka kepada umum

Pihak Mr DIY akan menawarkan sejumlah 941,490,000 unit saham IPO. Daripada jumlah ini, 779,958,000 unit akan ditawarkan kepada pelabur institusi. Selebihnya, 161,532,000 akan ditawarkan kepada pelabur runcit. Daripada jumlah ini pula, sebanyak 125,532,00 boleh didagangkan secara awam.

5. Sasaran dividen sebanyak 40%

mr. diy polisi dividen

Mereka mensasarkan bayaran dividen kepada pemegang syarikat sebanyak 40% daripada untung bersih.

6. Penggunaan Dana

Dana IPO akan digunakan dalam tiga aspek iaitu hutang bank, modal kerja dan penyenaraian IPO. Mereka mempunyai bebanan hutang yang terkumpul sebanyak RM 625.7 juta. Jumlah dana yang akan digunakan untuk mengurangkan hutang ini belum lagi diumumkan.

7. 30% pegangan dalam perkhidmatan IT, Qube

mr. diy group structure Struktur organisasi Mr DIY

Struktur organisasi Mr DIY terdiri daripada bahagian runcit, dagangan, e-commerce, pelaburan hartanah dan servis IT.

Daripada laman web Qube, nampaknya mereka menawarkan khidmat produk perisian yang menumpukan kepada sistem pengurusan runcit, bayaran, penghantaran dan pergudangan.

qube Servis ditawarkan Qube, anak syarikat Mr DIY

8. Kedai merata-rata di seluruh Malaysia

Mr DIY adalah satu-satunya pemain sektor home improvement yang mempunyai kedai di semua negeri dalam Malaysia. Jumlah kedai mereka telah pun mencecah 566 buah di seluruh negara. Variasi produk yang ditawarkan dalam kedai Mr DIY pula adalah yang paling luas berbanding pemain-pemain yang lain.

9. Market Share yang besar

mr. diy market share

Mr DIY mempunyai bahagian pasaran sebanyak 69.6% tanpa menyambil kira peruncit kecil. Bahagian pasaran ini menandingi Ace Hardware, Daiso, One Stop Superstore, Miniso dan lain-lain dengan peratusan yang lauh lebih tinggi.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, masa depan kelihatan cerah untuk Mr DIY. Mereka mempunyai fundamental kewangan yang kuat, dan rangkaian bisnes yang lebih luas berbanding pesaing yang lain. Frost & Sullivan sebagai penyedia Independent Market Research juga memberikan komen yang positif dan optimis kepada syarikat ini. Maka anda boleh lah follow kami di iSaham untuk mendapatkan kemaskini terbaru apabila IPO ini sudah boleh dibeli nanti.


< kembali ke laman blog utama