UMUM

31-DEC-2019

6 Peraturan untuk Mulakan Pelaburan


 


Artikel ini ditaja oleh Kayabun. Untuk dapatkan banyak lagi tips kewangan seperti ini, boleh ikuti KayaBun di Facebook.



Jika melihat pada statistik, kita dapat melihat pertambahan bilangan pelabur di Malaysia ini. Namun, pelaburan bukanlah suatu perkara yang boleh dibuat tanpa persediaan yang cukup. Sebagai persediaan untuk melabur, baca peraturan dari Kayabun ini sebagai panduan.

1. Bina Pengetahuan Kewangan yang kukuh

Semakin banyak anda faham tentang wang, anda akan lebih mahir menggunakannya. Dalam pasaran kewangan, ada pelbagai instrumen pelaburan, simpanan, perlindungan, malah juga untuk perbelanjaan. Semuanya boleh memberikan anda kelebihan yang tertentu.

Nak bina pengetahuan ini ada banyak cara. Antaranya baca buku, tengok tutorial youtube, join group saham, coaching dan sebagainya. Kalau nak bina pengetahuan saham, kami sediakan pelbagai kelas saham daripada tahap baru belajar hingga ilmu tahap tinggi dengan harga yang sangat berpatutan.

2. Wang tak bekerja adalah wang yang hilang

Wang yang tak digunakan cuma berguna sebagai simpanan. Ia tak dapat memberikan lebihan wang berbanding instrumen pelaburan seperti saham, perniagaan, aset dan sebagainya.

3. Kaji portfolio pelaburan dengan kerap

Dalam portfolio pelaburan kita, mungkin tak semua yang dapat memberi pulangan yang bagus. Kepada pelaburan ini, kita boleh katakan selamat tinggal. Luaskan pilihan kepada pelaburan lain sebagai alternatif, mana tahu terdapat peluang yang lebih baik di luar sana. Namun, perlulah dikaji sebaiknya sebelum memasuki pelaburan baru. Biasalah, nak tukar angin ni kadang-kadang perlukan masa, takut jiwa tak bersedia.

4. Melabur untuk wang persaraan

Salah satu perkara yang kita kena ingat di dunia ini adalah “muda sebelum tua”. Ketika muda ini kita dah perlu fikir dan bijak bertindak untuk masa tua kita. Bila umur dah tua nanti, badan kita tak sekuat masa muda. Nak kerja pun susah. Jadi, ada bagusnya kalau dah sediakan dana yang cukup untuk hidup di hari tua nanti.

5. Maksimakan pelaburan bebas (rendah) risiko

Pelaburan seperti Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, dan yang terbaru, Wahed Invest adalah antara pelaburan yang kurang risiko. Namun, dengan risiko yang rendah, pulangan yang boleh dijana dengan pelaburan ini juga bukanlah tinggi. Maka, cara yang terbaik ialah menggunakan dana lebihan sebagai pelaburan agresif, manakala selebihnya diletakkan dalam pelaburan rendah risiko.

6. Ketahui risiko terlibat sebelum melabur

Setiap pelaburan mempunyai risikonya tersendiri. Kalau kita tak tahu risiko yang terlibat, silap langkah akan mengakibatkan kerugian yang besar. Maka elakkan pelaburan seperti ini sekiranya anda belum faham risiko yang terlibat.


< kembali ke laman blog utama