UMUM

26-MAR-2019

5 Jenis Corporate Exercise: Dividen, Bonus Issue, Right Issue, Share Split & Share Consolidation


 


Corporate exercise adalah aktiviti-aktiviti besar yang dilakukan syarikat memerlukan persetujuan board of directors, yang akan memberi impak yang besar pada harga saham. Aktiviti ini juga boleh memberi penunjuk tentang kedudukan kewangan sesebuah syarikat. Sebagai pelabur, kita boleh mengambil manfaat dari pelaksanaan aktiviti ini, walaubagaimanapun mari kita kaji dahulu pros dan cons bagi setiap aktiviti ini.

5 Corporate Exercise tersebut adalah:

1. Dividen
pembahagian dividen iSaham

Syarikat memberikan dividen kepada semua pemegang saham dalam bentuk cash atau dalam bentuk pemberian saham. Pemberian ini selalunya dilakukan setiap quarter atau setiap tahun. Contohnya jika syarikat mengumumkan pemberian 50 sen per unit, dan jika kita mempunyai 100 unit maka kita akan dapat RM5.

RM 0.50 X 100 unit = RM 5.00

Secara amnya, syarikat yang memberikan cash dividend selalunya menggunakan lebihan keuntungannya (walaubagaimanapun ada juga syarikat yang memberi dividend walaupun tidak mempunya keuntungan lebihan).

2. Bonus Issue
bonus issue iSaham

Konsepnya hampir sama seperti pemberian dividen. Syarikat memberikan bonus kepada pemegang saham dalam bentuk saham syarikat secara percuma. Tiada cash yang diberikan.

3. Rights Issue
rights issue iSaham

Aktiviti pengumpulan dana oleh syarikat dengan memberi tawaran pembelian saham baru syarikat kepada pemegang saham sedia sebelum dibuka kepada orang awam. Harga yang ditawarkan adalah pada harga diskaun. Tawaran ini adalah dalam jangka masa yang terhad dan jumlah yang boleh dibeli juga adalah terhad.

Kenapa syarikat mengeluarkan right issue?

Kerana syarikat yang sudah listed tidak boleh membuat IPO untuk kali kedua, maka right issue adalah salah satu cara lain untuk syarikat mengumpul dana bagi mengembangkan bisnes.

4. Share Split
share split iSaham

Syarikat membuat pengumuman untuk murahkan harga saham supaya lebih cair dan lebih murah, supaya lebih mudah untuk dimiliki oleh pelabur-pelabur runcit seperti kita.

5. Share Consolidation
consolidation iSaham

Consolidation bermaksud penyatuan. Share consolidation bertentangan dengan Share Split, dimana syarikat mengurangkan bilangan sahamnya dengan menaikkan harga saham. Mungkin 2, 3 atau lebih saham digabungkan menjadi 1 saham.

Contohnya 2000 unit saham menjadi 1000 unit saham, jika harga asalnya adalah RM2/unit, selepas share consolidatin harga akan jadi RM4/unit.

Setiap pelabur mempunyai tujuan pelaburan yang berbeza dan strategi yang berbeza, maka reaksi terhadap setiap aktiviti ini juga akan berbeza. Contohnya dividen, jika kita lihat dari satu sudut, pemberian dividen adalah sesuatu yang menggembirakan investor kerana investor dapat merasa sedikit keuntungan hasil pelaburan, tetapi dalam masa sama keuntungan syarikat pun akan berkurang jika dilihat dalam jangka masa panjang.


< kembali ke laman blog utama