UMUM

1-JUN-2021

5 Negara Mengalami Hiperinflasi Terburuk dalam Sejarah


 


Inflasi merupakan salah satu masalah utama yang sering dihadapi oleh sesebuah negara terutamanya melibatkan negara yang mengamalkan dasar ekonomi terbuka atau bebas. Menurut Bernstein (1968) inflasi bermaksud kenaikan tingkat harga umum secara berterusan di sesebuah negara dalam tempoh masa tertentu disebabkan ketidakseimbangan antara pergerakan wang dan barangan. Manakala hiperinflasi merupakan kenaikan secara mendadak nilai inflasi melebihi 50% secara bulanan.

duit dan tomato

Secara umumnya, ia berlaku disebabkan pelbagai faktor seperti pencetakan berlebihan bekalan wang. Hal ini menyebabkan wujudnya ketidakseimbangan antara permintaan dan penawaran untuk wang. Kebiasaannya pertumbuhan penawaran wang yang berlebihan disebabkan pihak kerajaan tidak mampu membayar belanjawan kerajaan melalui pencukaian atau pinjaman. Malah menggunakan alternatif dengan membiayai defisit belanjawan negara melalui pencetakan wang.

Negara yang Mengalami Hiperinflasi

Pada zaman serba moden ini, terdapat beberapa buah negara tidak terkecuali mengalami ekonomi hiperinflasi. Antara yang terbaru adalah Venezuela yang memegang rekod sebagai negara inflasi tertinggi pada tahun 2020 sebanyak 6,500%. Walaupun suatu ketika kaya dengan sumber ekonomi dengan bekalan minyak terbesar di dunia, negara ini mengalami inflasi disebabkan isu politik dan ekonomi. Tetapi tahukah anda terdapat beberapa buah negara yang mengalami fasa hiperinflasi yang lebih parah jika dibandingkan situasi ekonomi di negara Venezuela.

1. Hungary: Ogos 1945 - Julai 1946

duit hungary pengo
Gambar: mintageworld.com

Secara umumnya ekonomi Hungary mula merudum disebabkan berlakunya perang dunia kedua. Hungary telah memegang rekod sebagai nilai hiperinflasi tertinggi di dunia dan dalam sejarah ekonomi sesebuah negara. Sebelum ini, Hungary telah membelanjakan dana yang banyak untuk menolong rakan sekutunya Jerman sebagai pembiayaan dalam peperangan. Faktor ini telah menyebabkan Hungary mengalami hutang yang tinggi.

Ketika Hungary menandatangani perjanjian damai pada tahun 1945, ia telah diperintah membayar semula kerosakan sebanyak 25% sehingga 50%. Sudah jatuh ditimpa tangga, ekonomi Hungary merudum sehingga menyebabkan separuh daripada pendapatan dan sektor perindustrian meliputi infrastruktur negara musnah sekaligus. Pada bulan Ogos 1946 Hungary telah memperkenalkan mata wang baru iaitu Forint untuk menggantikan mata wang lama Pengo. Tindakan ini dilaksanakan untuk menstabilkan semula nilai mata wang Hungary.

2. Zimbabwe: Mac 2007 - November 2008

matawang zimbabwe dolar
Gambar: economicshelp.org

Zimbabwe merupakan sebuah negara yang terletak di bahagian selatan benua Afrika. Negara ini tiada mempunyai pantai dan sumber laut yang bersempadan dengan beberapa buah negara seperti Angola, Monzambique dan Botswana. Krisis ekonomi di Zimbabwe sudah dijangka semenjak tahun 1961. Apa yang menariknya, Zimbabwe merupakan negara pertama yang mencapai hiperinflasi pada abad ke-21.

Ketika Zimbabwe memperoleh kemerdekaan pada tahun 1980, negara tersebut menggunakan mata wang baharu yang bernilai sekitar USD 1.25. Disebabkan faktor salah urus tadbir pemerintah yang gagal menyebabkan Zimbabwe terjebak dalam krisis ekonomi. Krisis ini bermula pada tahun 1990-an apabila Presiden Robert Mugabe menjalankan satu sistem pengagihan tanah daripada etnik Eropah kepada penduduk tempatan Zimbabwe.

carta inflasi zimbabwe 2016
Gambar: cato.org/zimbabwe

Faktor yang menyebabkan Zimbabwe mencetak wang berlebihan:

Sistem ini dikatakan gagal disebabkan petani tempatan tiada pengalaman dalam aktiviti pertanian. Hal ini menyebabkan, penawaran berkurangan dan permintaan terhadap pengeluaran makanan semakin meningkat. Kesannya, harga barangan tersebut semakin meningkat.

Pada awal abad ke-21 Zimbabwe terus mencetak wang untuk membayar pinjaman IMF dan perbelanjaan kerajaan meliputi pembayaran penjawat awam. Kos ini telah menelan belanja sebanyak ZWD 81 triion ZWD. Pada April 2008, wang kertas ZWD 50 juta bersamaan USD 1.20. Krisis ekonomi hiperinflasi di Zimbabwe ini semakin berterusan sehingga kini.

3. Yugoslavia: April 1992 - Januari 1994

matawang yugoslavia dinar

Yugoslavia merupakan sebuah negara republik yang wujudnya sekitar tahun 1914 sehingga 2003 yang terletak di Semenanjung Balkan di Eropah Timur. Kini negara ini telah berpecah dan terbahagi kepada 6 buah negara iaitu Bosnia dan Herzegovina, Slovenia, Serbia, Montenegro, Macedonia dan Crotia.

Faktor yang menyebabkan berlakunya hiperinflasi:

Sepanjang tempoh hiperinflasi Bank Negara Yugoslavia telah mengeluarkan sebanyak 33 wang kertas berlainan, antaranya 24 dikeluarkan pada tahun 1993. Negara ini mengalami hiperinflasi yang lebih panjang tempohnya selama 24 bulan berbanding krisis Jerman selepas perang dunia kedua (16 bulan), krisis Yunani 1941 (13 bulan) dan krisis Hungary 1945 (12bulan).

4. Jerman: Ogos 1922 - Disember 1923

matawang jerman papiermark
Gambar: Wikipedia

Peperangan dunia pertama telah menyebabkan kerajaan Jerman pada ketika itu telah menerima tekanan yang tinggi terhadap sektor ekonomi negara. Tekanan ini telah menyebabkan berlakunya hiperinflasi dalam negara Jerman sehingga menjejaskan mata wang Papiermark Jerman. Mata wang ini diperkenalkan pada tahun 1914 ketika penggunaan emas sebagai kadar tukaran dihapuskan.

Mata wang ini mula diseragamkan dengan nilai 4.2 papiermark bagi setiap nilai USD 1. Namun pada bulan Ogos 1923 nilai mata wang ini telah menjunam sehingga 1 juta bagi setiap nilai USD 1. Bukan itu sahaja, nilai ini terus terbang sehingga 238 juta papiermark bagi setiap nilai USD 1 pada bulan November. Peningkatan yang mendadak telah memberi kesan psikologi yang mendalam terhadap penduduk Jerman.

Psikologi ini dikenali sebagai Zero Stroke yang merupakan nilai kosong yang terlalu banyak dalam transaksi pembayaran barangan dalam negara tersebut. Kerajaan Jerman telah mengambil alternatif dengan menggunakan teori redenomination dengan menggantikan mata wang Papiermark kepada mata wang baru iaitu Rentemark. Penilaian ini dilaksanakan dengan menstabilkan mata wang sebanyak 4.2 Rentemark bagi setiap nilai USD 1 dan menghilangkan sebanyak 12 angka kosong.

5. Greece: Mei 1941 - Disember 1945

matawang greece drachma
 

Pada suatu ketika pernah berlakunya krisis ekonomi di Greece pada tahun 2009 yang melibatkan kegusaran dalam negara di Eropah. Namun pada tahun 1941 sehingga 1945 negara ini mengalami krisis ekonomi sehingga menyebabkan berlakunya hiperinflasi dengan harga barangan meningkat sebanyak 13,800% secara bulanan. Hiperinflasi ini bermula apabila berlakunya krisis perang dunia kedua. Keseimbangan Fiskal Yunani telah berubah daripada lebihan belanjawan 271 juta Drachma pada tahun 1939 kepada defisit 790 juta Drachma pada tahun 1940.

Selepas berlakunya perang saudara 1946, British telah menawarkan pelan tindakan untuk menstabilkan negara Greece. Pelan ini meliputi peningkatan pendapatan melalui penjualan barangan, penetapan kadar cukai yang bersesuaian, kaedah kutipan cukai dan penubuhan Jawatankuasa Mata Wang (Currency Comittee).

Rujukan


< kembali ke laman blog utama