FUNDAMENTAL

6-AUG-2018

5 Ciri-ciri Saham yang Patut Dielakkan


 


Ada banyak sangat saham nak dipilih sampai pening kepala pelabur. Banyak juga berita, maklumat, dan cadagan saham tapi betul ke saham-saham ni memang boleh masuk macam tu saja? Ok, nak tau saham yang bagus memang kena ada ilmu sedikit dan strategi yang sesuai dengan style masing-masing. Tetapi, yang paling penting antara semua ialah mengetahui saham apa yang patut dielakkan. Orang kata, "menghindari lebih baik daripada mengubati". Jadi, kalau dapat tips mana-mana atau mula nak kaji sesuatu saham, boleh la check dulu samada termasuk dalam lima ciri-ciri saham yang patut dielakkan:

Saham yang berpotensi untuk bankrup
saham PN17

Elakkan membeli saham yang mempunyai keadaan kewangan yang tenat sebab tak kira apa harga saham sekarang ini, harganya boleh jatuh dengan laju sehingga kosong pada bila2 masa saja. Boleh rujuk Altman Z, Current Ratio, dan macam2 model bankruptcy ratio yang lain di iSaham. Salah satu cara lain untuk mengetahui saham yang parah dari segi kewangan ialah sekiranya saham tersebut tersenerai didalam PN17
.

Saham yang keadaan bisnes syarikat sentiasa dalam keadaan merosot
saham fcon rendah

Apabila kita memulakan bisnes, kita nak bisnes kita sentiasa berkembang dari masa ke masa dari semua aspek - jualan produk / servis, keuntungan, jumlah pengguna dan lain2. Sebarang kemorosotan perlu diperbaiki dengan cepat supaya syarikat tidak berada dalam keadaan tenat. Syarikat yang sentiasa dalam keadaan merosot (boleh dilihat pada iSaham - FCON bawah 0.40) menunjukkan pengurusan syarikat yang lemah, dan kalau syarikat tidak boleh hasilkan duit, bagaimana pelabur nak buat duit?


Saham yang pernah buat pattern pump and dump
.

saham pump and dump

Saham pump and dump ialah saham yang dinaikkan harga oleh operator dengan laju, dan jatuh juga laju seperti terjunan "pandalela". Kebanyakannya berpucuk-kan pattern double top atau v-top. Saham seperti ini kalau nk recover boleh makan masa sehingga 6 tahun, dan maybe takkan recover sampai bila2.



Saham yang terlalu banyak disebut dalam akhbar dan social media
.


Kebanyakan news sebenarnya hanya contribute beberapa sen sahaja kepada nilai intrinsik syarikat, tetapi sangat mudah untuk menarik perhatian para pelabur hanya dengan menyebut kontrak beratus2 juta. Perhatian ini memudahkan smart money melepaskan pegangan mereka kepada weak holders yang mengejar news.

Saham yang betul2 downtrend, dan hanya melompat dengan pattern "dead cat bounce".

Ramai orang suka kejar diskaun, katanya nak beli semurah mungkin. Last2 hanyut dibawa ombak penurunan. Salah satu kekuatan analisa teknikal ialah elemen fundamental sudah boleh dilihat pada chart. Jadi, keadaan saham yang downtrend menunjukkan selling pressure yang kuat, tiada demand dan tiada sokongan daripada jerung2 dan pelabur lain.


Kalau nak juga beli saham downtrend (atau yg lain2 diatas), HANYA boleh beli setelah mengkaji kekuatan fundamental dengan cara yg betul dan sebenar bukan sekadar tengok ratio.



< kembali ke laman blog utama