UMUM

27-FEB-2023

iSaham Update 2023


 


27 Februari, 2023 - Pada hari Ahad yang lepas, sebuah sesi iSaham Update yang pertama untuk tahun 2023 telah berlangsung secara live di Facebook Page iSaham. Sesi ini telah disampaikan oleh Co-founder iSaham, Anas Faris bersama dengan CEO Lyndung, Suddin Salleh pada jam 10 pagi semalam.

Sesi iSaham Update 2023 ini telah berlangsung selama 2 jam 25 minit. Sedikit berbeza daripada sesi-sesi sebelumnya, sesi kali ini bukan sahaja memperkenalkan dan menerangkan mengenai fungsi-fungsi baharu yang diterbitkan di aplikasi web isaham.my, tetapi turut menampilkan sebuah anak syarikat kepada iSaham yang bakal melancarkan program perkongsian komuniti untuk bil perubatan pada 28 Februari ini.

Mengkaji saham di tahap yang lebih tinggi

Sesi kali ini telah membawakan beberapa update dan fungsi baharu pada iSaham. Antara update yang dibawakan adalah seperti berikut:

1. Data terlaras (Adjusted)

Fungsi terbaru ini memberi ruang kepada pengguna untuk melakukan kajian yang lebih menyeluruh. Keuntungan sebenar syarikat yang telah diselaras dapat dilihat dengan mengaktifkan butang Adjusted.

2. Jadual Tersuai (Customized Table)

Pengguna kini boleh menyusun semula pilihan mengikut keutamaan masing-masing dengan menggunakan fungsi Customize.

3. Analisa IPO

Dengan update terbaru ini, pengguna dapat melakukan analisa IPO di tahap yang yang lebih tinggi. Antara fitur baharu untuk analisa IPO yang diumumkan semalam adalah MITI & Future IPO, Kalkulator IPO dan perbandingan di antara PE IPO dan sektor berkaitan.

Sesi pendidikan lengkap dengan harga 'rahmah'

iSaham meneruskan inisiatif membawakan sesi pendidikan dan libat urus berkaitan saham dengan harga yang ‘rahmah’.

1. iSaham Pro Weekly

iSaham memperkenalkan sesi iSaham Pro Weekly yang membincangkan syarikat yang dipilih sendiri oleh pelanggan secara undian. Sesi ini dilaksanakan setiap minggu dan mensasarkan untuk membincangkan sebanyak 52 syarikat sepanjang tahun 2023.

Sesi ini dibawakan khas oleh partner remisier iSaham kepada pelanggan yang membuka akaun CDS Mplus di bawah beliau. Sekiranya anda berminat untuk menyertai sesi ini, jemput untuk membuka akaun CDS melalui link ini dan seterusnya melengkapkan syarat Pro.

2. iSaham Seminar 2023

Pada tahun ini, iSaham terus membawakan sesi kelas saham lengkap yang sesuai untuk semua golongan pelabur. Bagi mereka yang baru dalam dunia saham, kelas Asas Saham adalah yang paling sesuai untuk diikuti. Dua siri Kelas Asas Saham edisi Rahmah dengan harga RM9 telah diumumkan.  

Sesi IPO Premier juga diperkenalkan dengan harga RM139. Peserta yang pernah hadir ke sesi IPO Advanced terdahulu pula layak untuk recharge dengan harga RM9 sahaja. Bagi mengesahkan kelayakan untuk menghadiri sesi recharge, anda boleh semak kelayakan anda bersama team iSaham Support.

Bagi mereka yang ingin melakukan pembelajaran secara kendiri, iSaham Playback boleh dilanggan dengan harga RM199. Dengan melanggan iSaham Playback, anda boleh menghadiri sesi TA Workshop dengan harga istimewa RM9, berbanding harga biasa RM69.

Maklumat lanjut berkenaan seminar yang ditawarkan oleh iSaham boleh didapati di https://www.isaham.my/seminar.

3. iSaham Trader Day

Buat julung kalinya iSaham akan menganjurkan iSaham Trader Day yang akan berlangsung pada 15 Mac nanti. Pengguna yang ingin mengajukan soalan secara bersemuka dijemput untuk menghadiri iSaham Trader Day ini. Pendaftaran untuk sesi ini akan dibuka tidak lama lagi. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

iSaham mengorak langkah ke hadapan

Sesi kemudiannya diambil alih oleh Suddin Salleh, CEO Lyndung Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat kepada iSaham untuk memberi penerangan mengenai program perkongsian komuniti untuk bil perubatan yang akan dilancarkan pada 28 Februari 2023. 

Idea untuk menubuhkan sebuah program perkongsian ini tercetus selepas melihat kesusahan orang ramai untuk mendapatkan rawatan kesihatan disebabkan kadar inflasi yang semakin meningkat.

Menurut laporan daripada Institut Kesihatan Umum pada tahun 2020, sebanyak 43% daripada responden yang mengambil bahagian dalam kajian telah menjawab “tidak mampu” bagi soalan “Sebab-sebab tidak memiliki insurans/takaful kesihatan peribadi”. Melihat daripada laporan ini Lyndung ditubuhkan untuk menyediakan penyelesaian terbaik untuk masyarakat mendapatkan rawatan perubatan mampu milik melalui kaedah perkongsian komuniti.

Memetik kata-kata Anas Faris semasa sesi semalam:

Fokus iSaham bukan sahaja untuk membantu para pelabur melabur dengan lebih baik. Tetapi iSaham juga ingin membantu semua untuk melabur masa depan dengan lebih baik melalui sebuah komuniti.”

Program perkongsian komuniti patuh Syariah ini untuk bil perubatan ini telah mengaplikasikan konsep Tabarru’ ke dalam program ini. Melalui konsep ini, ahli komuniti yang memerlukan rawatan perubatan boleh berkongsi bil perubatan mereka bersama ahli komuniti yang lain secara sama-rata sambil bersedekah.

Program perkongsian ini menawarkan kepada pengguna fi keahlian yang rendah iaitu RM10 sebulan atau RM120 setahun. Bukan itu sahaja, ahli komuniti juga hanya perlu berkongsi apabila terdapat ahli yang memerlukan rawatan kesihatan.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai Lyndung, layari laman web Lyndung di https://lyndung.my/. Bagi yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Lyndung, anda boleh mengklik butang ‘Join Us Now’ untuk mendaftar bermula 28 Februari 2023.

Sesi kemudian diakhiri dengan pemberian hadiah cabutan bertuah dari Twitter. Seramai 5 orang pemenang bertuah telah berjaya memenangi cabutan bertuah yang diadakan.


< kembali ke laman blog utama