TEKNIKAL

13-SEP-2018

4 Saham Lawan Arus Dikala Market Bergegar Sepanjang September 2018


 


Dalam post yang lepas di facebook page, kami pernah bincangkan strategi yang patut diberi fokus yang lebih ketika market dalam keadaan tidak begitu menentu. 3 strategi yang disarankan tersebut ialah (1) mencari harga saham dibawah nilai intrinsik, (2) disiplin dengan hanya memasuki saham yang bermula uptrend atau kekal uptrend dan (3) mencari saham melawan arus. Fokus pada post kali ini ialah mencari saham lawan arus, ataupun konsep yang dipanggil relative strength, RS (bukan relative strength index, RSI).

Kenapa cari saham lawan arus?

Sebab terdapat sokongan atau "hidden hand" yang menyerap jualan panik dan jualan berterusan yang berlaku, juga terdapat kekuatan belian pada saham menunjukkan terdapat kekuatan saham-saham ini dimata "smart money".

Terdapat 4 saham yang melawan arus dan dikesan pada screener premium Relative Strength iSaham yang akan dibincangkan dibawah dan boleh dipantau:

Lawan Arus EDGENTA

EDGENTA - 4 hari berturut-turut dalam keadaan menaik semasa market 4 hari dalam keadaan perlahan, juga melepasi paras rintangan kuat RM2.70. Menggunakan analisa chart pattern, berpotensi untuk naik ke RM3.50 dan disarankan untuk buy on weakness untuk pelabur mid term. Untuk pelabur short term, boleh sentiasa cari peluang.


Lawan Arus DIALOG

DIALOG - gap up, "engulfing" 5 candle sebelumnya dengan kekuatan fundamental yang bagus, lebih-lebih lagi dengan paras Brent Crude Oil yang juga dalam keadaan menaik. Sekiranya saham berjaya melepasi paras RM3.55 dengan volume yang tinggi, saham berpotensi untuk naik ke target price Kepala & Bahu Terbalik (Inverted Head & Shoulder) iaitu pada paras RM4.10


Lawan Arus VITROX

VITROX - saham teknologi paling konsisten dari segi fundamental dan teknikal, juga dipegang kuat oleh fund2 luar seperti DBS Bank, Citibank New York , dan Fidelity Funds ASEAN, menunjukkan keyakinan fund yang lebih agresif pada masa depan syarikat.


Lawan Arus KERJAYA

KERJAYA - saham dalam keadaan downtrend/sideway tetapi kekuatan dapat lihat pada paras support terkuat saham ini iaitu paras RM1.37. Saham ini lebih sesuai untuk penggemar bottom fishing tetapi tidak sesuai untuk mereka yang trade dengan mengikuti trend.


Adakah saham-saham melawan arus sesuai untuk short term, mid term, atau long term?

Saham-saham melawan arus sesuai dijadikan watchlist tidak kira apa cara entry kita. Contohnya kalau kita memilih short term, dan ada signal short term pada saham tersebut, kita akan lebih "bias" kepada saham-saham diatas berbanding saham-saham lain. Contoh signal ialah signal candlestick, volume, dan breakout. Begitu juga dengan long term, sekiranya kajian telah dibuat bahawa syarikat-syarikat diatas bagus dari segi nilai intrinsik, saham boleh terus dibeli. Jadi, saham-saham diatas sesuai untuk semua term, cuma signal dan style menentukan bila kita nak beli, dan berapa tempoh pegangan kita.

Selamat mengharungi market pada masa terdekat ini, selalunya market slow atau jatuh akan diikuti kenaikan besar-besaran.


< kembali ke laman blog utama