TEKNIKAL

13-SEP-2018

3 Strategi yang Sesuai Dalam Menghadapi Market Panik


AF    


Market Gegar

Sudah tentu ramai panik apabila lebih kurang seribu saham jatuh dua hari berturut2. Namun, kejatuhan saham2 ini memberikan peluang yg besar kepada pelbagai jenis trader/investor seperti anda di bursa saham:

1. Value Investor - Mencari saham yang betul2 undervalued dan mengambil peluang diskaun sebanyak mungkin. Masa inilah yang terbaik untuk mengkaji fundamental saham dan membeli.

2. Discipline Trader - Beli hanya apabila saham sudah kembali uptrend (higher high higher low) atau apabila saham telah breakout daripada downtrend chart pattern ataupun signal2 lain yg anda betul2 faham.

3. "Outperformance" Trader - Mencari saham yang melawan arus, atau mempunyai pertahanan yang kuat. Kalau sentimen tidak baik, sepatutnya semua saham jatuh, kecuali kalau saham2 tersebut betul2 ada "hidden" strong holder / buyer yang menyebabkan saham tersebut melawan arus dan bertahan.

Untuk menjadi value investor, anda perlukan ilmu fundamental yang cukup dan rajin membaca dan mengkaji. Untuk menjadi discipline trader, anda perlu strict dengan buy dan sell rule anda.

Tak boleh main hentam aje, takut terkejar "dead cat bounce". Untuk no 3, anda perlu memahami konsep relative strength (RS), yang saya akan kupas dalam post seterusnya.


< kembali ke laman blog utama