TUTORIAL

22-DEC-2025

3 Cara Mudah Mendapatkan Client Code Mplus


AA    


Bagi pelabur yang telah membuka akaun CDS, anda akan diberikan semua maklumat seperti nombor akaun CDS, maklumat dealer dan lain-lain. Antara maklumat yang penting yang perlu anda tahu dan sebaiknya dihafal ialah Client Code. 

 

Apa itu Client Code?

 

Client Code ialah nombor akaun trading unik yang diberikan oleh Mplus kepada setiap pelabur setelah akaun CDS dan trading anda diluluskan. 

Formatnya biasanya seperti:

XXX123J/C atau 123456J/C. J merujuk kepada akaun Islamic manakala C merujuk kepada akaun konvensional.

Ia berfungsi sebagai ID pengguna rasmi dalam sistem Mplus. Dan ada beberapa cara untuk mendapat Client Code:

 

1. Website Mplus

 

Cara paling mudah untuk mendapatkan maklumat Client Code ialah pergi ke laman sesawang mplus.

 

 

Pergi ke bahagian "My Account" dan kemudian klik pada "My Profile"

 

 

2. Aplikasi Mplus Global

 

a.  Bahagian "Trade"

Buka aplikasi Mplus Global dan pergi ke menu "Trade".

"Client Code" boleh didapatkan di sebelah nama jenis akaun yang didaftarkan.

Contoh seperti di bawah:

 

 

b. Statement

Pada menu “Trade”, anda juga boleh mendapatkan Client Code di bahagian “Statement”.

Klik pada mana-mana statement, kemudian semak pada bahagian “A/C No:”.

 

 

 

3. E-mel

 

Anda juga boleh melakukan semakan Client Code di e-mel yang dihantar oleh pihak Mplus semasa pendaftaran awal.

Anda boleh menggunakan fungsi "Search Mail" untuk mencarinya

 

 

Jadi, begitulah tiga cara untuk mendapatkan Client Code Mplus. Client Code ini adalah penting dan sebaiknya dihafal sebaik sahaja anda selesai membuka akaun CDS. Bagi yang belum mendaftar akaun CDS, anda boleh mendaftar melalui iSaham bagi mendapatkan manfaat tambahan seperti iSaham Pro dan Screener Pro. Klik di sini:

Pendaftaran Akaun CDS Mplus


< kembali ke laman blog utama