
MGB Berhad, iaitu sebuah anak syarikat LBS Bina Berhad adalah sebuah syarikat yang berdaya saing mempunyai kilang IBS dan terlibat dalam mendesain dan membina rumah. MGB terlibat dalam sektor hartanah dan pembinaan rumah. Baru-baru ini, MGB telah mendapat kontrak membina rumah mampu milik di Selangor. Projek membina rumah-rumah ini akan dijalankan secara usahasama dengan kerajaan negeri Selangor. Sebanyak 7,000 unit rumah akan dibina di bawah skim Rumah Selangorku Idaman menjelang 1H 2021.
Projek-projek perumahan ini akan dilaksanakan menggunakan sistem IBS iaitu sistem di mana acuan dan struktur rumah dibina terlebih dahulu di kilang dan di tapak pembinaan hanya kerja pemasangan yang dijalankan. Selain menjimatkan kos, masa yang diambil untuk menyiapkan projek juga lebih pendek dari biasa. Rumah-rumah mampu milik ini akan dibina di Shah Alam, Bandar Saujana Putra, Dengkil, Puncak Alam dan Puchong.
Permintaan untuk rumah mampu milik semakin meningkat
Susulan itu, rumah yang akan dibina di bawah skim ini akan dijual pada harga 250,000 ringgit dan berkonsepkan apartment 3 bilik, dua bilik air dengan dua tempat parkir kereta. Syarat pendapatan bakal pembeli pula ditetapkan pada RM10,000 ke bawah.
Untuk menjamin keselesaan, rumah-rumah apartment berkenaan berkeluasan 1000 kaki per segi dan ke atas.

Prestasi MGB Berhad
Sejak tahun 2007, MGB telah membina 15,500 buah rumah di Malaysia. Pada ketika ini, projek dalam tangan MGB bernilai RM1.75 billion. Dengan tambahan 7000 unit rumah lagi daripada projek di Selangor ini, nilai projek dalam tangan MGB akan berganda.
Banyak juga institusi yang berminat dengan saham MGB antaranya, seperti KWAP, Kenanga Growth Fund dan Kenanga Syariah Growth Fund yang mempunyai sedikit saham dalam MGB. Syarikat MGB sebelum ini dikenali sebagai ML Global.
MGB diberi kepercayaan oleh kerajaan negeri Selangor
MGB Berhad mendapat perhatian dan amanah daripada kerajaan negeri Selangor untuk membina 7,000 unit rumah mampu milik di bawah skim Rumah Selangorku Idaman. Rumah-rumah ini akan dibina menggunakan sistem IBS yang berteknologi tinggi dan menjimatkan masa serta kos. Susulan meningkatnya permintaan untuk rumah mampu milik di kawasan bandar, kerajaan Selangor telah mengambil inisiatif untuk memastikan rumah-rumah ini mampu dimiliki. Demikian itu, harga yang ditawarkan adalah sekitar RM250,000 dan pembeli haruslah berpendapatan RM10,000 ke bawah.