UMUM

16-FEB-2021

Projek-Projek Tenaga Hijau Mendapat Pembiayaan daripada MDV


AA    


profile picture MDV

Malaysia Debt Ventures merupakan sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Kewangan yang menyokong pertumbuhan sektor tenaga hijau dengan memberikan pinjaman mudah. Sejak Skim Pembiayaan Teknologi Hijau diperkenalkan pada 2010, sebanyak RM912.4 juta telah diluluskan oleh MDV untuk 64 syarikat dalam bidang tenaga hijau.

Setakat 2021, pengerusi MDV memberitahu, pembiayaan semasa untuk sektor tenaga boleh diperbaharui adalah RM381 juta. Daripada jumlah itu, 82.5 juta ringgit adalah untuk membiayai projek kecekapan tenaga manakala 43.1 juta ringgit bagi projek hijau yang lain.

 

MDV bakal menerbitkan sukuk

Bagi membiayai operasi MDV untuk memberikan lebih pembiayaan kepada syarikat yang layak, MDV bakal menerbitkan sukuk. Pihak MDV sudah mendapatkan kelulusan Kementerian Kewangan untuk menerbitkan sukuk bernilai RM2 billion bagi menyokong program pembiayaan MDV untuk tempoh lima hingga tujuh tahun akan datang.

Bermula Q3 tahun ini, sukuk akan mula diterbitkan. Ini selaras dengan usaha MDV mencari dana untuk membiayai lebih banyak syarikat yang terlibat dalam sektor ekonomi tenaga hijau dan tenaga boleh diperbaharui.

Dana yang dijana melalui penerbitan sukuk itu akan digunakan untuk membiayai pendanaan syarikat-syarikat tenaga hijau di Malaysia.

profile picture tenaga hijau

Faedah Lain yang ditawarkan MDV

Sementara itu, pengerusi MDV, Khairul Azwan menyatakan ada satu dana khas buat pemain industri kecekapan tenaga. Dana itu dikenali sebagai Dana Kontrak Prestasi Tenaga. Dana ini membolehkan Kementerian Tenaga Hijau membiayai bahagian faedah untuk syarikat-syarikat yang memberikan perkhidmatan kecekapan tenaga kepada bangunan dan sebagainya manakala MDV pula membiayai prinsipal. Hal ini pada akhirnya memberikan peminjam MDV kemudahan pinjaman yang lebih kompetitif dan munasabah. 

Penutup

MDV telah memainkan peranan sebagai agensi kerajaan yang terlibat dalam industri teknologi dengan cemerlang. Hampir 1 billion ringgit pembiayaan telah diberikan, iaitu di bawah Skim Pembiayaan Teknologi hijau yang diperkenalkan pada 2010. Selaras dengan permintaan tinggi untuk produk-produk pembiayaannya, MDV bakal menerbitkan sukuk bernilai 2 billion untuk memberikan lebih ruang buat MDV untuk membiayai perniagaan-perniagaan di dalam sektor teknologi hijau dan tenaga boleh diperbaharui. 

 


< kembali ke laman blog utama