10-FEB-2021

Malaysia bercadang membuka pejabat MPOC di Arab Saudi


AA    


profile picture majlis sawit malaysia

Kementerian Perladangan Malaysia bercadang membuka pejabat MPOC di Arab Saudi demi mempromosi sawit Malaysia. Hal ini kerana terdapat permintaan daripada negara-negara seperti Kenya, Ethiopia dan lain-lain.

Saham yang dijangka boleh mendapat manfaat daripada perkembangan ini adalah saham-saham perladangan. 

Menurut menteri Kementerian Perladangan, beliau telah berbincang dengan Kedutaan Arab Saudi mengenai keperluan berkempen tentang kualiti minyak sawit premium Malaysia.

Hal ini susulan terdapat permintaan yang meningkat daripada Arab Saudi untuk sabun tangan dan pencuci tangan akibat pandemik Covid-19.

Prospek yang cerah buat jangka masa panjang bagi sawit Malaysia

Menurut Menteri Perladangan itu lagi, prospek masa hadapan sawit cerah kerana terdapat permintaan tinggi bagi bahan mentah itu dalam bidang farma dalam dan luar negara.

Sehubungan dengan itu, kerajaan Malaysia akan melancarkan kempen Sawit Anugerah Tuhan bagi mempromosi kebaikan sawit di dalam dan luar negara melalui laman Facebook MPOC dan juga laman web www.sawit.com.my.

profile picture kempen sawit anugerah tuhan

Kempen ini bertujuan untuk memerangi persepsi negatif yang dilontarkan lobi anti-sawit di Eropah yang cuba mempengaruhi sentimen orang awam ke arah mengatakan bahawa pembukaan ladang kelapa sawit telah mengakibatkan kehilangan hutan simpan di Malaysia.

Sumbangan Sawit kepada pendapatan negara

Industri minyak sawit menyumbang 72.8 billion ringgit hasil eksport ke luar negara dan pasaran antarabangsa. Jumlah ini 14.18% lebih tinggi berbanding 63.73 billion ringgit yang dicatatkan pada 2019 dan tertinggi sejak 2017 iaitu 77.9 billion.

Berkenaan dengan isu diskriminasi terhadap sawit negara, Malaysia telah membawa isu ini kepada WTO dan berharap mendapat layanan yang adil di arena antarabangsa. 

Rumusan

Pembukaan pejabat MPOC di Jeddah, Arab Saudi dijangka membawa manfaat kepada industri sawit Malaysia dalam bentuk peningkatan eksport ke Arab Saudi dan Timur Tengah serta Afrika. 

Kerajaan telah melancarkan kempen bagi mengatasi masalah diskriminasi terhadap sawit Malaysia. Hal ini kerana sawit menyumbang berbillion ringgit kepada ekonomi negara.


< kembali ke laman blog utama