09-FEB-2021

Indeks Pengeluaran Perindustrian Dijangka Meningkat pada 2021 menurut MIDF


AA    


profile picture indeks pengeluaran perindustrian

Indeks pengeluaran perindustrian dijangka meningkat kembali sebanyak 6.3% pada 2021 menurut MIDF. Ini adalah susulan pemulihan ekonomi akibat tamatnya PKP dan penemuan vaksin. Pembukaan semula sektor-sektor ekonomi kritikal menyumbang kepada peningkatan IPP ini. Pada tahun 2020, berlaku penguncupan sebanyak 4.2% akibat kelembapan ekonomi yang berpunca daripada pandemik covid-19.

MIDF turut menjangkakan berikutan PKP 2.0 pengeluaran berasaskan makanan akan kekal terjejas berikutan terdapat kluster di tempat kerja. Oleh itu, pekerja akan menggunakan khidmat pesanan makanan dan tidak makan di restoran apatah lagi makan di dalam restoran kini dilarang. Walau bagaimanapun ada pengeluaran yang tidak terjejas iaitu pengeluaran perdagangan.

Pengeluaran perdagangan adalah berkait dengan sektor pembuatan untuk eksport seperti barang elektronik yang dieksport ke Amerika Syarikat. Pengeluaran tidak terjejas kerana sektor pembuatan dibolehkan untuk beroperasi di bawah SOP yang ketat.

Peningkatan jualan bagaimanapun bermula dari asas yang rendah. Hal ini kerana sepanjang tahun 2020, jualan pembuatan susut 2.2% berikutan permintaan rendah akibat sekatan pergerakan. 

Apakah yang menyumbang kepada penguncupan IPP pada 2020?

Penguncupan 4.2% IPP akibat kelembapan ekonomi disumbangkan oleh prestasi sektor ekonomi yang lemah seperti berikut iaitu: perlombongan (-9.7%), elektrik (-3.7%) dan pembuatan (-2.7%).

profile picture sektor indeks pengeluaran perindustrian

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan Ketua Ekonomi Bank Islam mengatakan bahawa kenaikan harga minyak mentah baru-baru ini akan membolehkan kerajaan berbelanja lebih.

Indeks IPP meningkat pada kadar 1.7% pada Disember 2020. Ini sebahagian besarnya disumbangkan oleh peningkatan sebanyak 4.2% dalam sektor pembuatan.

Unjuran Masa Hadapan IPP

Unjuran masa hadapan IPP banyak bergantung kepada keputusan kerajaan untuk terus melanjutkan atau tidak melanjutkan PKP. Ia juga bergantung kepada pematuhan yang ketat terhadap SOP kerajaan. 

Rumusan

Secara keseluruhan pada 2021, unjuran masa hadapan IPP adalah sebanyak 6.3% menurut MIDF. Walau bagaimanpun, angka akhir akan bergantung kepada pematuhan terhadap SOP kerajaan dan sama ada sekatan kawalan pergerakan diteruskan buat kali ketiga iaitu PKP 3.0. IPP telah menguncup pada 2020 dan telah dijangka kembali pulih menjelang 2021.


< kembali ke laman blog utama