UMUM

20-JAN-2021

Samaiden - Saham yang mendapat sokongan kerajaan untuk sektor teknologi hijau


AA    


Samaiden merupakan saham tenaga solar yang hangat di pasaran sekarang. Samaiden telah meningkat lebih 200% sejak IPO pada tahun lalu (dalam masa kurang empat bulan). Ini menarik perhatian ramai pelabur saham. Mari kita lihat faktor-faktor yang menyumbang kepada kenaikan mendadak harga saham ini.

Sokongan Kerajaan

Faktor pertama adalah sokongan kerajaan pusat untuk sektor tenaga hijau. 

Kerajaan memberi fokus kepada sektor sumber tenaga diperbaharui. Ada beberapa inisiatif yang dijalankan. Inisiatif berkenaan diterjemahkan dalam bentuk program dan insentif-insentif.

gamestop thumbnail

 

Perkembangan Serantau (Vietnam)

Perkembangan serantau merupakan faktor kedua kerana Vietnam telah memberikan PO pertama buat Samaiden dari luar negara. Hal ini menunjukkan bukan hanya Malaysia yang beralih kepada sumber tenaga hijau tetapi negara jiran juga.

Keuntungan Samaiden mencecah 1.02 juta ringgit di sebalik jualan sebanyak 11.23 juta. Samaiden mempunyai prospek yang cerah menurut pengurusan syarikat itu.

gamestop thumbnail

 

Pelaburan ke atas Peralatan Solar

Pelaburan ke atas peralatan solar panel untuk membina fasiliti solar dalam bidang kejuruteraan solar. Samaiden telah melabur di dalam membina kapasitinya untuk melaksanakan lebih banyak projek solar. Kini, masa untuk menuai hasil. Menurut Samaiden: "We will continue to leverage our on our core competency and experience in providing end-to-end services for potential solar PV projects."

Samaiden mendapat kontrak lumayan biomas di Terengganu

Samaiden diberikan kontrak 25.8 juta ringgit oleh Gimzan Plywood Sdn Bhd untuk memajukan biomass di Terengganu.

gamestop thumbnail

Rumusan

Sokongan kerajaan, perkembangan industri serantau, dan pelaburan ke atas kapasiti dalaman merupakan antara faktor harga saham Samaiden meningkat lebih 200%. Sudah tentu juga, kerana mendapat kontrak berjuta-juta ringgit di Terengganu.

Persoalannya, apakah Samaiden boleh meningkat naik lagi dari harganya sekarang atau sudah mencecah paras tertinggi. Ini adalah persoalan yang harus dijawab buat pemain saham jika ingin membuat duit. Untuk menjawab persoalan ini, boleh dilihat harga saham lain yang berkaitan seperti Solarvest, Cypark, dan JAKS.

Rujukan

https://www.theedgemarkets.com/article/samaiden-climbs-new-peak-renewable-energy-gains-momentum

 


< kembali ke laman blog utama