Bagi pelabur saham, Quarter Report (QR) merupakan antara pengumuman paling penting yang perlu diberi perhatian. QR adalah laporan kewangan suku tahunan yang diterbitkan oleh syarikat tersenarai di Bursa Malaysia. Laporan ini mengandungi maklumat penting seperti pendapatan, keuntungan bersih, margin keuntungan dan prestasi kewangan keseluruhan syarikat bagi tempoh tiga bulan.
Kenapa QR penting?
QR boleh memberi kesan kepada harga saham. Jika syarikat mencatatkan keuntungan yang melebihi jangkaan, harga saham boleh melonjak. Sebaliknya, jika prestasi merosot, harga saham boleh merudum. Oleh itu, mengetahui bila QR akan diumumkan boleh membantu pelabur membuat persediaan lebih awal — sama ada untuk membeli, menjual atau hanya memantau reaksi pasaran.
Di iSaham, terdapat dua cara utama untuk menyemak syarikat mana yang bakal mengumumkan QR. Artikel ini akan tunjukkan secara langkah demi langkah bagaimana caranya.
Cara 1: Gunakan Calendar iSaham
Langkah pertama ini sesuai untuk anda yang lebih suka paparan dalam bentuk kalendar dan ingin lihat QR yang bakal diumumkan pada tarikh tertentu.
1. Log masuk ke iSaham dan skrol ke bahagian bawah. Klik Calendar.
1. Log masuk ke iSaham dan skrol ke bahagian bawah. Klik Calendar.
2. Pilih subkategori Earning.
Untuk melihat syarikat bakal mengeluarkan QR dalam masa terdekat, klik pada Earnings.
Nama-nama syarikat yang dijangka mengeluarkan QR akan dipaparkan mengikut tarikh. Sebagai contoh hari ini, 21 May 2025 terdapat 2 syarikat yang bakal mengeluarkan QR iaitu FIMACOR dan MAGNA.
3. Gunakan arrow untuk ke bulan lain
Untuk melihat syarikat yang telah dan bakal mengeluarkan QR, anda juga boleh gunakan arrow untuk pergi ke bulan sebelum atau seterusnya.
Cara 2: Screener Upcoming Quarter Report
Bagi pengguna yang suka melihat data dalam bentuk senarai dan ingin filter atau tapis syarikat berdasarkan kriteria tertentu, kaedah ini lebih sesuai. Screener ini juga sesuai untuk digabungkan dengan Upcoming Quarter Report (VMA Sorted).
1. Pergi ke bahagian Screeer atau cari Upcoming Quarter Report
2. Klik pada saham pilihan
Anda akan dipaparkan dengan senarai saham-saham yang akan dikeluarkan mengikut bulan. Anda boleh klik highlight atau Portfolio.
Kesimpulan
Jadi, itulah dua cara untuk mengenal pasti syarikat yang bakal mengeluarkan laporan suku tahunan dalam masa terdekat. Dengan maklumat ini, anda boleh merancang strategi pelaburan dan membuat persediaan untuk analisis QR. Sekiranya berlaku perubahan harga yang ketara, sama ada kenaikan mendadak atau kejatuhan mendadak sebelum atau selepas QR diumumkan besar kemungkinan laporan tersebut menjadi punca utama pergerakan harga tersebut.