UMUM

17-JAN-2019

10 Year Challenge Saham di Bursa Malaysia


 


Ramai yang menyahut #10YearChallenge dengan membuat posting di laman sosial tentang perbezaan mereka 10 tahun lepas dan sekarang. Banyak perubahan kita dapat lihat untuk setiap individu, dan tahniah kepada semua yang bertambah baik daripada tahun ke tahun. Di iSaham, kami juga nak menyahut #10YearChallenge cuma hasilnya adalah sebegini:

iSaham 10 Year Challenge

10 tahun lepas, kami (iSaham) tidak wujud, dan sekarang wujud untuk membantu anda memudahkan pelaburan saham. Terima kasih kepada anda semua, kini kami telah mendapat jutaan pageviews hasil sokongan anda semua.

Jadi, untuk #10YearChallenge, kami buat ke atas saham-saham di Bursa Malaysia yang mudah difahami dan membuat kenaikan 10 tahun terbaik. 5 saham terpilih untuk challenge ini:


1. HARTA (+4000%)


Hartalega Holdings Berhad merupakan syarikat pengeluar sarung tangan nitril (nitrile glove terbesar di dunia. Syarikat ini mempunyai kapasiti menghasilkan 30 bilion sarung tangan setahun dan dijangka meningkat ke 44 bilion sarung tangan setahun menjelang 2020. Dengan kejayaan besar ini, saham syarikat ini naik melebihi 4000% dalam masa 10 tahun.

Sumber Gambar: hartalega.com.my


2. SKPRES (+1700%)


Syarikat SKP Resources terlibat dalam pembuatan komponen plastik elektronic. Antara syarikat yang menggunakan perkhidmatan SKPRES ialah Dyson, Panasonic, Sony dan Fujitsu. Saham syarikat ini naik lebih kurang 1700% dalam masa 10 tahun.

Sumber Gambar: skpres.com


3. TAKAFUL (+1400%)


Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad atau branding mudah dipanggil Takaful Malaysia merupakan salah satu syarikat terbesar dalam kategori takaful. Syarikat ini menyediakan produk takaful dalam pelbagai kategori seperti personal accident, medical card, travel dan macam-macam lagi. Saham syarikat ini telah naik sebanyak lebih kurang 1400% dalam masa 10 tahun.

Sumber Gambar: takaful-malaysia.com.my


4. GHLSYS (+1300%)


GHL Systems Bhd merupakan syarikat penyediaan servis pembayaran (payment service provider) yang mendapat nama di serantau Asia Tenggara. Kebanyakan pembayaran yang dibuat menggunakan kad debit / credit akan menggunakan mesin yang disediakan oleh GHLSYS di seluruh Malaysia. Saham ini naik 1300% dalam 10 tahun dan masih mempunyai potensi besar dengan wujudnya trend baru ePayment.

5. HUPSENG (+1000%)

Hup Seng Industries Sdn Bhd merupakan pengeluar biskut kering Hup Seng yang sangat popular dan masih menjadi pilihan ramai. Tidak perlu pengenalan lebih lanjut, saham syarikat ini telah naik lebih daripada 1000% dalam masa 10 tahun


Berapa banyak untung?


Dengan kenaikan 4000%, sekiranya modal anda RM25,000 pada tahun 2009, modal anda akan berkembang menjadi RM1,025,000 (lebih daripada 40 kali ganda). Kalau 1000% pun, anda boleh menggandakan wang anda lebih 10 kali ganda. Lebih baik lagi, saham-saham ini bukan sesuatu yang asing daripada anda tetapi servis-servis dan produk-produk yang anda gunakan setiap hari juga, ataupun sesuatu yang mudah difahami.

Saham-saham lain yang naik lebih daripada 100% dan mudah anda fahami, boleh rujuk di screener ini. Untuk beginner, boleh mula berkenalan dengan saham dengan melihat saham-saham ini dan mengkaji kenapa saham-saham begini naik seterusnya mencari peluang-peluang baru dalam saham-saham berpotensi.


< kembali ke laman blog utama