TEKNIKAL

20-SEP-2021

Teknik Pivot Point dalam Pelaburan Saham


 


Terdapat pelbagai kaedah analisis untuk menentukan trend harga dan juga support,resistance bagi sesuatu saham. Salah satu caranya adalah mengunakan kaedah pivot point.

Support adalah paras sokongan harga saham di mana pergerakan saham yang menurun (downtrend) cenderung untuk bertahan. Ketika ini aktiviti jual saham tersebut akan semakin rendah,

Resistance pula adalah paras rintangan harga saham di mana pergerakan saham yang menaik (uptrend) mempunyai kesukaran untuk tembus.

Topik support dan resistance ada ditulis dalam perkongsian berikut.

Formula Pivot Point

Pivot point merupakan ilmu analisis teknikal yang menunjukkan purata harga High, Low dan Close sesuatu saham bagi hari sebelumnya. Berikut merupakan formula pivot point:

High adalah paras harga tertinggi dan Low adalah paras harga terendah pada hari berkenaan. Close pula adalah harga ketika pasaran telah tutup pada hari tesebut.

Dengan mengunakan pivot point, kita boleh mendapatkan nilai beberapa harga support sesuatu saham. S1 adalah paras harga support pertama jika harga support iaitu Pivot Point pecah, S2 adalah paras harga support kedua jika harga support iaitu S1 pecah. Berikut merupakan formula dimana PP adalah Pivot Point.

S1 = (2 x PP) - High

S2 = PP + (High - Low)

R1 pula adalah paras harga resistance pertama dan R2 adalah paras harga resistance kedua jika harga saham melebihi paras harga resistance pertama iaitu R1. Berikut merupakan formula tersebut:

R1 = (2 x PP) - Low

R2 = PP + (High - Low)

Asas Pivot Point

Pivot point adalah suatu kiraan dan formula ringkas iaitu purata harga High, Low dan Close harga saham pada hari sebelumnya.

Sumber: Wikipedia.

Walaupun ringkas, pivot point masih dapat membantu pelabur untuk mengetahui:

1. Trend Semasa

Jika harga saham semasa lebih tinggi daripada paras pivot point, ini bermaksud saham tersebut sedang dalam sentimen fasa uptrend. Jika harga saham semasa lebih rendah daripada paras pivot point, ini menandakan harga saham sedang dalam sentimen fasa downtrend. Kebiasaanya Pivot Point digunakan untuk strategi intraday.

2. Support dan resistance

Pivot point juga boleh dianggap sebagai harga support semasa. Nilai-nilai lain seperti R1, R2 dan seterusnya menandakan resistance semasa, dan S1, S2 dan seterusnya menandakan harga support baru sekiranya harga support pivot point pecah.

3. Entry, Take Profit dan Exit

Pivot dalam bahasa mudahnya bermaksud berputar dan berpusing. Secara ringkasnya, apabila harga sesuatu saham turun hingga ke paras harga pivot point iaitu harga support, berkemungkinan harga tersebut akan berpusing dan naik kembali. Begitu juga apabila harga saham tersebut naik hingga ke R1 iaitu harga resistance, berkemungkinan juga harga tersebut berpusing dan kembali ke bawah.

Dengan mengunakan paras harga pivot point, pelabur boleh jadikan ia sebagai rujukan untuk entry, take profit dan exit. Sekiranya harga berdekatan dengan paras pivot point iaitu harga support pelabur boleh merancang untuk beli (entry) saham tersebut. Jika harga jatuh dari harga support pelabur boleh buat plan untuk exit (cut loss). Jika harga menghampiri R1 iaitu resistance pelabur juga boleh jadikan paras tersebut sebagai paras take profit.

Pivot Point dalam Platform iSaham

Kita boleh mendapatkan maklumat pivot point ini di ruangan bawah iaitu bahagian Technical bagi setiap maklumat syarikat di platform iSaham.

Berdasarkan contoh di atas, pivot point harian dan mingguan tidak jauh beza. Boleh disimpulkan harga support saham di atas adalah support yang dianggap kukuh.

Untuk visual pula, boleh klik di bahagian indikator di ruangan chart dan cari indikator "Pivot Point".

 

Kemudian pergi ke bahagian "setting" untuk mengubah indikator tersebut mengikut  strategi dan keinginan kita.

 

Terdapat pelbagai teknik yang boleh digabungkan dengan formula pivot point. Antaranya adalah Fibonacci, Woodie, Classic dan lain-lain. Gambar dibawah menunjukkan paras pivot point, support dan resistance mengunakan teknik fibonacci dan pivot point.

Warna biru merupakan harga support iaitu paras harga pivot point bersama dengan teknik Fibonacci

Kesimpulan

Pivot point merupakan satu formula ringkas yang dapat membantu pelabur untuk mengetahui sentimen terkini pergerakan harga saham. Kebiasaanya teknik ini digunakan sebagai rujukan di dalam pelaburan bersifat strategi intraday.

Namun begitu, paras pivot point adalah statik dan tidak berubah sepanjang tempoh hari pasaran dibuka berbanding dengan teknik moving average dan oscilators. Selain itu, tidak menjadi satu jaminan bahawa paras support sesuatu saham akan betul-betul tepat mengikut paras pivot point  Boleh jadi paras support adalah tidak jauh dari paras pivot point.

Teknik pivot point ini sesuai digunakan sebagai rujukan untuk trading plan. Untuk lebih efektif, indikator-indikator lain boleh juga ditambah seperti moving average sebagai rujukan bagi menguatkan lagi keyakinan kita untuk membuat keputusan membeli dan menjual sesuatu saham.

Rujukan :

  1. Investopedia
  2. iSaham elearning

 


< kembali ke laman blog utama