Apa itu Exchange Traded Funds (“ETF”)?


  • ETF adalah salah satu instrumen pelaburan yang boleh didagang di Bursa Malaysia.
  • Pengurus dana akan memasukkan dana dalam pelbagai instrumen kewangan seperti bon, komoditi, dan ekuiti mengikut jenis ETF.
  • ETF juga menggabungkan dana daripada indeks tertentu seperti 50 saham terbaik di U.S atau sektor seperti sektor tenaga, semikonduktor, perubatan dan lain-lain.
  • Secara ringkasnya, ETF menggabungkan ciri-ciri terbaik unit trust dan saham.

Kelebihan ETF


...
Kadar Berpatutan

Tahap permulaan untuk melabur iaitu serendah 100 unit

...
Kepelbagaian Portfolio

Dengan satu transaksi, anda dapat mempelbagaikan portfolio dengan pelbagai saham dengan segera

...
Pengurangan Kos

Yuran pengurusan ETF biasanya lebih rendah daripada unit trust. Kos melabur dalam saham individu secara langsung adalah lebih tinggi

...
Kemudahan Akses

Pendedahan kepada saham yang tersenarai di luar negara yang sukar diakses secara langsung


Bagaimana menjana keuntungan dengan ETF


Pedagang boleh menjana keuntungan dengan pendapatan modal dan agihan pendapatan iaitu dividen.

ETF boleh didagangkan pada jangka masa yang panjang bagi melengkapkan portfolio pedagang.

...

Kaedah Pelaburan ETF


  • Market movement

    Sesetengah pelabur cuba meramal pergerakan pasaran (market movement) dan membeli atau menjual ETF berdasarkan ramalan tersebut. Menentukan pergerakan pasaran boleh menjadi mencabar dan berisiko.

  • Time in the market

    Sebagai alternatif, pelabur boleh fokus kepada masa dalam pasaran melalui kaedah purata kos dollar atau 'Dollar Cost Averaging' (DCA).

  • Dollar Cost Averaging (DCA)

    DCA adalah kaedah melabur dalam jumlah yang tetap pada suatu jangka masa tetap, seperti bulanan. Sebagai contoh, membeli lebih banyak unit ETF pada harga rendah dan sebaliknya pada harga tinggi.

... ... ...

Dengan DCA, kos belian semasa fluktuasi dapat diratakan.


Senarai ETF di Bursa Malaysia


# Symbol Chart 1Y Last
Price
NAV Price
diff %
Buy
Price
Sell
Price
Perf.
3m %
Perf.
6m %
CAGR
1y %
CAGR
3y %
CAGR
5y %

Anda ada soalan lanjut berkaitan ETF?

Hubungi iSaham Specialist