Intern @ iSaham

Walaupun anda datang ke iSaham sebagai pelajar latihan industri, anda tetap disambut seperti pekerja biasa dan lakukan kerja-kerja yang bermakna. Bukan sahaja anda mempelajari daripada mereka yang berpengalaman, malah mereka turut tidak sabar untuk mempelajari sesuatu daripada anda.



Peluang selepas latihan industri

Kami sentiasa menganggap iSaham sebagai sebuah tempat untuk bertukar ilmu dan pendapat. Oleh sebab itu, kami mencari bakat dan idea terbaik dari setiap bidang. Peluang untuk anda membuat sesuatu yang anda minati disini sangat tinggi dan banyak perkara yang anda boleh sumbangkan di iSaham.



Berminat? Perkenalkan diri anda kepada kami melalui e-mel career@isaham.my atau datang terus ke pejabat kami.