Kami kumpulkan bakat - bakat yang hebat supaya perkara terhebat dapat terhasil

Kami terdiri dari pelbagai jenis pemikir dan pelaku. Misi setiap hari disini adalah untuk terus menambah baik cara kita semua melabur dalam pelaburan saham. Kami mencari individu-individu yang bersemangat dan berjiwa tinggi yang ingin bersama-sama mengubah pengalaman melabur menjadi pengalaman yang baik. Setiap inovasi yang berlaku adalah hasil dari komitmen dan kerja keras semua team di iSaham. Belajar di iSaham ibarat anda belajar dengan orang-orang yang terbaik.

Datang dan bekerjalah di mana ayat pertama sentiasa bermula dengan "Bagaimana jika ...?"

Semua individu di sini adalah seorang inovator, atau inovator-to-be. Begitulah cara kita mencipta produk. Sebagai contoh, seksyen IT kami telah mencipta sistem bekerja yang tersendiri supaya dapat menambahkan kelajuan, ketepatan dan kecekapan. Manakala yang lain pula menyumbang idea dalam meningkatkan keyakinan dalam pelaburan

Setiap produk, perkhidmatan atau features baru yang kami cipta adalah hasil daripada kerjasama setiap individu dalam team iSaham dan juga hasil feedback dari pengguna-pengguna iSaham yang setia. Setiap individu dari iSaham berusaha ke arah matlamat yang sama — iaitu memastikan pengguna iSaham menerima pengalaman yang terbaik.

Kongsi idea anda dan lihat idea tersebut berkembang

Terokai banyak lagi manfaat dengan melakukan perkara yang anda minat.

Sumber paling penting iSaham adalah orang-orang yang bekerja dengan kita dan pengguna-pengguna kita yang sentiasa memberi feedback penambahbaikan.
Individu yang bekerja di iSaham dilihat seperti sebuah keluarga dan kami sentiasa memikirkan cara untuk membantu meningkatkan kesejahteraan individu-individu yang bekerja dengan kita dan keluarga mereka dengan cara yang bermakna tidak kira di mana mereka bekerja.

Berminat? Perkenalkan diri anda kepada kami melalui e-mel career@isaham.my atau datang terus ke pejabat kami.