TUTORIAL

17-MAY-2023

Permohonan IPO Melalui eIPO CGSI


 


Bermula 3 Jun 2023, fungsi Tawaran Awam Permulaan Elektronik (eIPO) dalam CIMB Clicks akan ditamatkan. Jangan terkejut jika anda tidak dapat lagi melihat fungsi ini dalam laman web CIMB Clicks.  

Sumber: CIMB

Sebagai alternatif, anda boleh memohon IPO melalui fungsi eIPO yang terdapat dalam laman web CGSI iTrade. Untuk memohon, anda perlu mendaftar dan mempunyai akaun CDS CGSI. 

Jika anda belum mempunyai akaun CDS CGSI, anda boleh mendaftar di bawah remisier CGSI rakan kongsi iSaham untuk mendapat manfaat akses screener iSaham Pro secara percuma (T&S). Rujuk laman pendaftaran akaun ini untuk pendaftaran. 

Sekiranya anda telah mempunyai akaun CDS CGSI, boleh lihat panduan permohonan IPO melalui CGSI di bawah.

Langkah 1: Log masuk

Log masuk ke halaman eIPO melalui pautan ini

Langkah 2: Pilih IPO

Selepas log masuk, pilih dan klik IPO yang anda ingin pohon. 

Langkah 3: Ringkasan IPO

Ringkasan IPO akan dipaparkan seperti harga dan tarikh-tarikh penting IPO tersebut. Tekan butang Continue untuk meneruskan proses permohonan. 

Langkah 4: Terma dan Syarat Prospektus

Baca dan tandakan pada kotak "I have read ... " kemudian tekan butang Yes untuk langkah seterusnya.

Langkah 5: Prospektus IPO

Dokumen prospektus IPO yang dipohon akan dipaparkan. Anda boleh membaca dokumen ini untuk mendapatkan penerangan lanjut tentang IPO tersebut.

Langkah 6: Terma dan Syarat eIPO 

Baca Terma dan Syarat eIPO yang dipaparkan. Jika bersetuju, anda boleh tekan butang Accept.

Langkah 7: Kalkulator Tier IPO

Sebelum anda meneruskan permohonan, anda boleh merujuk iSaham IPO Tier Calculator untuk mengenal pasti jumlah untuk dipohon berdasarkan modal anda. Sebagai contoh, jika anda mempunyai modal sebanyak RM 5,000, anda digalakkan untuk memohon sebanyak 201 lot atau 20,100 unit saham bagi permohonan IPO Edelteq. 

Untuk memahami lebih lanjut tentang pengiraan tier, anda boleh membaca blog Strategi IPO untuk Peluang Keuntungan yang Lebih Tinggi

Langkah 8: Halaman Permohonan IPO

Lengkapkan maklumat yang diperlukan. Pilih mod pembayaran (pembayaran melalui CIMB Clicks atau Maybank2u) dan masukkan maklumat nombor bank. Sila pastikan maklumat yang diisi adalah betul sebelum anda menekan butang Submit.

Langkah 9: Hantar Permohonan IPO

Selepas itu, masukkan Trading PIN anda dan tekan butang Confirm untuk menghantar permohonan IPO anda. Selepas menghantar, anda tidak boleh membatalkan atau mengemaskini permohonan ini. 

Langkah 10: Pembayaran IPO

Anda akan dihubungkan ke laman web pembayaran (pop-out window) untuk anda meneruskan pembayaran bagi permohonan IPO. Sila pastikan pop-out blocker dimatikan untuk memastikan proses pembayaran yang lancar. Caj pembayaran sebanyak RM2 akan dikenakan bagi permohonan yang dilakukan.

Nota: Sekiranya anda tidak berjaya melakukan pembayaran, anda boleh pergi ke tab "Application Status" untuk menyemak status permohonan. Status "Pending Payment" akan dipaparkan. Tekan butang Resubmit untuk meneruskan pembayaran.

 

Langkah 11: Permohonan Selesai

Status permohonan anda akan bertukar kepada "Pending Balloting" selepas anda selesai melakukan pembayaran. 

Langkah 12: Semakan Status Permohonan

Selepas hari pengundian (balloting), anda boleh menyemak semula status permohonan anda. Sekiranya gagal, wang permohonan akan dipulangkan semula ke dalam akaun bank yang digunakan semasa pembayaran IPO tersebut.

Sekiranya anda mengalami kesulitan semasa melakukan permohonan IPO ini, boleh hubungi team iSaham Support melalui Telegram untuk bantuan. 

 


< kembali ke laman blog utama