TUTORIAL

7-JAN-2021

Cara-cara Mendaftar Akaun CGS-CIMB Trade Beyond


 


Akaun CGS-CIMB kini boleh dibuka dengan iSaham. Dengan CGS-CIMB, broker fee untuk produk Trade Beyond hanyalah 0.1% atau RM 8 untuk setiap transaksi, yang mana lebih tinggi. Dengan Trade Beyond, anda boleh menikmati ciri-ciri ini:

Pembukaan akaun CGS-CIMB melalui iSaham pula membolehkan anda memperoleh manfaat iSaham Pro yang termasuk:

open cgs-cimb account isaham

Untuk mengelakkan berlakunya keciciran nama klien dari sistem, kami cadangkan anda isikan maklumat asas seperti Nama, IC, nombor telefon dan emel di laman pendaftaran iSaham untuk CDS CGS-CIMB. Di situ juga digariskan panduan pembukaan akaun CGS-CIMB ini secara ringkas. Bagi ruangan iSaham referral dalam link ini, tuliskan nama ejen atau wakil yang perkenalkan anda kepada iSaham. Jika tiada, kosongkan sahaja dan tekan Hantar.

Mari kita lihat panduan membuka akaun CDS CGS-CIMB secara online - langkah demi langkah.

1. Buka link dan isi borang

Untuk membuka akaun, layari: Link pendaftaran CGS-CIMB

Di laman web di atas, sila isikan REMISIER REFERENCE: PR1M440. Kemudian, muat naik IC bahagian depan dan belakang secara berasingan. Boleh lihat seperti contoh di bawah.

cgs-cimb open account remisier reference

Dalam ruangan Type of Broking, pilih jenis akaun ISLAMIC seperti gambar di bawah untuk memastikan pelaburan anda mematuhi Syariah.

Di bawahnya, anda WAJIB PILIH satu produk. Untuk membuka akaun Trade Beyond, pertama sekali pilih Equities - Share Trading. Kemudian, pilih Securitised Direct > Trade Beyond untuk fee brokerage yang lebih murah. Akhir sekali, tandakan Cross Border jika berminat untuk jual beli saham global di bursa-bursa saham antarabangsa.

borang pendaftaran cgs-cimb permulaan

Dengan Cross Border, anda boleh berdagang di pasaran saham global seperti tersenarai di bawah:

Untuk makluman, selepas pemilihan Securitised Direct, anda akan jumpa dua pilihan akaun. Trade Beyond ialah cash account dengan brokerage 0.1% atau minima RM8, Securitised pula ialah limit account dengan brokerage 0.42% atau minima RM28. Jadi, pastikan anda tekan Trade Beyond untuk menggunakan cash account dan kadar broker yang lebih murah.

Setelah selesai, tekan Next.

2. Maklumat asas

Anda akan tiba ke page BASIC INFO. Isikan butiran peribadi anda seperti nama, jantina, tempat lahir dan sebagainya.

borang pendaftaran cgs-cimb Maklumat asas

Isikan alamat, nombor telefon dan emel anda. Kemudian, tekan Next.

borang pendaftaran cgs-cimb maklumat asas

3. Maklumat kewangan

Di halaman FINANCIAL INFO, isi maklumat majikan anda, pendapatan serta sumber pendapatan anda seperti contoh di bawah.

borang pendaftaran cgs-cimb maklumat kewangan

4. Maklumat lain

Anda kini berada di halaman OTHER INFO. Boleh isikan matlamat pelaburan anda seperti contoh di bawah dan isi sekali Risk Tolerance anda dan pengalaman pelaburan. Tandakan Yes atau No sahaja mengikut yang mana bersesuaian dengan anda.

borang pendaftaran cgs-cimb maklumat lain

Seterusnya, isi maklumat berkaitan mengikut yang bersesuaian dengan anda.

borang pendaftaran cgs-cimb maklumat lain

Isikan maklumat pasangan atau waris anda.

borang pendaftaran cgs-cimb maklumat waris

Sekiranya ini adalah akaun peribadi anda, dan semua pembayaran akan masuk ke akaun peribadi anda, tandakan kotak seperti di bawah. Kemudian, masukkan butiran akaun bank anda untuk tujuan penerimaan dividen. Di bawahnya, tandakan Yes atau No sekiranya anda ingin sekalikan dividen dari pegangan saham melalui akaun CDS di broker lain. Boleh rujuk seperti gambar di bawah.

borang pendaftaran cgs-cimb maklumat akaun

5. Dokumen sokongan

Untuk bahagian SUPPORTING DOCS, anda cuma perlu muat naik penyata bank dan penyata pendapatan seperti slip gaji, penyata KWSP atau penyata cukai.

Kami ada tuliskan tutorial untuk dapatkan penyata bank dari pelbagai bank di blog kami. Untuk penyata KWSP, anda boleh dapatkannya di portal KWSP.

borang pendaftaran cgs-cimb Dokumen sokongan

6. Persetujuan

Dalam bahagian CONSENT, anda cuma perlu tandakan butiran mana yang bersesuaian dengan anda.

borang pendaftaran cgs-cimb Persetujuan

Terdapat pelbagai lagi butiran dan pernyataan yang anda perlu tandakan. Secara umumnya, kami berpendapat tiada apa masalah yang mungkin akan dihadapi dalam bahagian ini. Sekiranya ada, boleh hubungi team support kami.

7. Pengakuan

Anda mungkin akan hadapi sedikit kesulitan dalam bahagian DECLARATION ini. Pertama sekali adalah pertanyaan berkaitan cukai. Untuk bahagian ini, boleh pilih negara Malaysia, TIN - Not Available dan Reason D.

borang pendaftaran cgs-cimb pengakuan

Ada beberapa lagi pertanyaan yang secara umumnya agak jelas pernyataan yang perlu ditanda. Tandakan yang mana berkaitan dengan anda. Di sini pula terdapat bahagian pengakuan sekiranya anda mempunyai aset atau pelaburan di luar negara. Secara umumnya, pilihan pertama seperti di bawah adalah bersesuaian dengan kebanyakan pemohon.

borang pendaftaran cgs-cimb pengakuan

Akhir sekali, anda perlu masukkan nombor telefon untuk pengesahan permohonan. Kemudian, turunkan tandatangan menggunakan tetikus anda atau apa-apa peranti yang anda gunakan.

borang pendaftaran cgs-cimb pengakuan tandatangan

Sebenarnya anda boleh simpan permohonan anda dengan tekan butang Save di bahagian bawah kiri borang pada mana-mana tahap dalam permohonan supaya anda tak perlu ulang dari awal sekiranya berlakunya kesulitan.

Anda akan diminta untuk tetapkan email dan kata laluan. Seterusnya, CGS-CIMB akan hantar email kepada anda link kepada borang yang disimpan ini. Apabila anda klik link ini, masukkan sahaja kata laluan tadi untuk sambung mengisi borang.

Selepas tandatangan, anda boleh tekan Next.

8. Pengesahan

Anda kini tiba di bahagian CONFIRMATION. Di sini, anda boleh kembali ke belakang untuk lihat semula input yang anda masukkan untuk memastikan anda mengisi dengan betul. Apabila pasti, anda boleh tekas butang Register.

borang pendaftaran cgs-cimb pengesahan

9. Lengkap

Anda sudah berjaya mendaftar. Sila tunggu maklumat seterusnya dari pihak CGS-CIMB melalui emel anda yang anda masukkan dalam butiran tadi.

borang pendaftaran cgs-cimb Lengkap

Anda akan menerima DUA emel dari CGS-CIMB untuk pengesahan alamat emel dan ID yang akan melibatkan rakaman langsung muka anda. Jadi cara terbaik adalah buka emel ini dari telefon anda, dan ikuti langkah pengesahan yang disekalikan dalam emel tersebut.


< kembali ke laman blog utama