TUTORIAL

05-AUG-2021

Cara-cara Mendaftar Akaun CGS-CIMB iCash


 


Akaun CGS-CIMB kini boleh dibuka dengan iSaham. Dengan CGS-CIMB, broker fee untuk produk iCash hanyalah 0.08% atau RM 8 untuk setiap transaksi, yang mana lebih tinggi. Dengan CGS-CIMB iCash, anda boleh menikmati ciri-ciri ini:

Pembukaan akaun CGS-CIMB melalui iSaham pula membolehkan anda memperoleh manfaat iSaham Pro yang termasuk:

open cgs-cimb account isaham

Untuk mengelakkan berlakunya keciciran nama klien dari sistem, kami cadangkan anda isikan maklumat asas seperti Nama, IC, nombor telefon dan emel di laman pendaftaran iSaham untuk CDS CGS-CIMB. Di situ juga digariskan panduan pembukaan akaun CGS-CIMB ini secara ringkas. Bagi ruangan iSaham referral dalam link ini, tuliskan nama ejen atau wakil yang perkenalkan anda kepada iSaham. Jika tiada, kosongkan sahaja dan tekan Hantar.

Mari kita lihat panduan membuka akaun CDS CGS-CIMB secara online - langkah demi langkah.

1. Buka link dan isi borang

Untuk membuka akaun, layari: Link pendaftaran CGSI

Di laman web di atas, sila isikan REMISIER REFERENCE: PR1M440. Kemudian, muat naik IC bahagian depan dan belakang secara berasingan. Boleh lihat seperti contoh di bawah.

cgs-cimb open account remisier reference

Dalam ruangan Type of Broking, tandakan produk dengan ketiga-tiga pilihan seperti di bawah. Pertama sekali pilih Equities - Share Trading. Kemudian, pilih iCash Trading. Akhir sekali, tandakan Cross Border jika berminat untuk jual beli saham global di bursa-bursa saham antarabangsa. Setelah selesai, tekan Next.

borang pendaftaran cgs-cimb permulaan

Dengan Cross Border, anda boleh berdagang di pasaran saham global seperti tersenarai di bawah:

2. Maklumat asas

Anda akan tiba ke page BASIC INFO. Isikan butiran peribadi anda seperti nama, jantina, tempat lahir dan sebagainya.

borang pendaftaran cgs-cimb Maklumat asas

Isikan alamat, nombor telefon dan emel anda. Kemudian, tekan Next.

borang pendaftaran cgs-cimb maklumat asas

3. Maklumat kewangan

Di halaman FINANCIAL INFO, isi maklumat majikan anda, pendapatan serta sumber pendapatan anda seperti contoh di bawah.

borang pendaftaran cgs-cimb maklumat kewangan

4. Maklumat lain

Anda kini berada di halaman OTHER INFO. Boleh isikan matlamat pelaburan anda seperti contoh di bawah dan isi sekali Risk Tolerance anda dan pengalaman pelaburan. Tandakan Yes atau No sahaja mengikut yang mana bersesuaian dengan anda.

borang pendaftaran cgs-cimb maklumat lain

Seterusnya, isi maklumat berkaitan mengikut yang bersesuaian dengan anda.

borang pendaftaran cgs-cimb maklumat lain

Isikan maklumat pasangan atau waris anda.

borang pendaftaran cgs-cimb maklumat waris

Kemudian, masukkan butiran akaun bank anda untuk tujuan penerimaan dividen. Di bawahnya, tandakan Yes atau No sekiranya anda ingin sekalikan dividen dari pegangan saham melalui akaun CDS di broker lain. Boleh rujuk seperti gambar di bawah.

borang pendaftaran cgs-cimb maklumat akaun

5. Dokumen sokongan

Untuk bahagian SUPPORTING DOCS, anda cuma perlu muat naik penyata bank dan penyata pendapatan seperti slip gaji, penyata KWSP atau penyata cukai.

Kami ada tuliskan tutorial untuk dapatkan penyata bank dari pelbagai bank di blog kami. Untuk penyata KWSP, anda boleh dapatkannya di portal KWSP.

borang pendaftaran cgs-cimb Dokumen sokongan

6. Persetujuan

Dalam bahagian CONSENT, anda cuma perlu tandakan butiran mana yang bersesuaian dengan anda.

borang pendaftaran cgs-cimb Persetujuan

Terdapat pelbagai lagi butiran dan pernyataan yang anda perlu tandakan. Secara umumnya, kami berpendapat tiada apa masalah yang mungkin akan dihadapi dalam bahagian ini. Sekiranya ada, boleh hubungi team support kami.

7. Pengakuan

Anda mungkin akan hadapi sedikit kesulitan dalam bahagian DECLARATION ini. Pertama sekali adalah pertanyaan berkaitan cukai. Untuk bahagian ini, boleh pilih negara Malaysia, TIN - Not Available dan Reason D.

borang pendaftaran cgs-cimb pengakuan

Ada beberapa lagi pertanyaan yang secara umumnya agak jelas pernyataan yang perlu ditanda. Tandakan yang mana berkaitan dengan anda. Di sini pula terdapat bahagian pengakuan sekiranya anda mempunyai aset atau pelaburan di luar negara. Secara umumnya, pilihan pertama seperti di bawah adalah bersesuaian dengan kebanyakan pemohon.

borang pendaftaran cgs-cimb pengakuan

Akhir sekali, anda perlu masukkan nombor telefon untuk pengesahan permohonan. Kemudian, turunkan tandatangan menggunakan tetikus anda atau apa-apa peranti yang anda gunakan.

borang pendaftaran cgs-cimb pengakuan tandatangan

Sebenarnya anda boleh simpan permohonan anda dengan tekan butang Save di bahagian bawah kiri borang pada mana-mana tahap dalam permohonan supaya anda tak perlu ulang dari awal sekiranya berlakunya kesulitan.

Bila tekan butang Save ini, anda akan diminta untuk tetapkan email dan kata laluan. Seterusnya, CGS-CIMB akan hantar email kepada anda link kepada borang yang disimpan ini. Apabila anda klik link ini, masukkan sahaja kata laluan tadi untuk sambung mengisi borang.

Selepas tandatangan, anda boleh tekan Next.

8. Pengesahan

Anda kini tiba di bahagian CONFIRMATION. Di sini, anda boleh kembali ke belakang untuk lihat semula input yang anda masukkan untuk memastikan anda mengisi dengan betul. Apabila pasti, anda boleh tekan butang Register.

borang pendaftaran cgs-cimb pengesahan

9. Lengkap

Anda sudah berjaya mendaftar. Sila tunggu maklumat seterusnya dari pihak CGS-CIMB melalui emel anda yang anda masukkan dalam butiran tadi.

borang pendaftaran cgs-cimb Lengkap

Anda akan menerima DUA emel dari CGS-CIMB untuk pengesahan alamat emel dan ID yang akan melibatkan rakaman langsung muka anda. Jadi cara terbaik adalah buka emel ini dari telefon anda, dan ikuti langkah pengesahan yang disekalikan dalam emel tersebut.


< kembali ke laman blog utama